December 12, 2013

HARI PELEPASAN AM MALAYSIA 2014

HARI PELEPASAN AM MALAYSIA 2014:

1. JANUARI
🔜 1 Jan: Tahun Baru 2014 - kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu.
🔜 14 Jan: Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) - semua negeri.
🔜 17 Jan: Hari Thaipusam – Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Selangor sahaja.
🔜 19 Jan: Hari Keputeraan Sultan Kedah – Kedah sahaja.
🔜 31 Jan: Tahun Baru Cina – semua negeri.

2. FEBRUARI
🔜 1 Feb: Tahun Baru Cina (Hari Kedua) - kecuali Kelantan, Terengganu.
🔜 1 Feb: Hari Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan sahaja.

3. MAC 
🔜 4 Mac: Hari Pertabalan Sultan Terengganu – Terengganu sahaja.

4. APRIL
🔜 15 Apr: Hari Pengishtiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah – Melaka sahaja.
🔜 18 Apr: Good Friday – Sabah, Sarawak sahaja.
🔜 19 Apr: Hari Keputeraan Sultan Perak – Perak sahaja.
🔜 26 Apr: Hari Keputeraan Sultan Terengganu – Terengganu sahaja.

5. MEI
🔜 1 Mei: Hari Pekerja – semua negeri.
🔜 13 Mei: Hari Wesak – semua negeri.
🔜 17 Mei: Hari Keputeraan Raja Perlis – Perlis sahaja.
🔜 27 Mei: Israk Mikraj – Kedah, Negeri Sembila, Perlis sahaja.
🔜 30-31 Mei: Pesta Keamatan – Sabah dan Labuan sahaja.

6. JUN
🔜 1-2 Jun: Hari Gawai – Sarawak sahaja.
🔜 7 Jun: Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – semua negeri.
🔜 29 Jun: Awal Ramadan – Johor, Kedah, Melaka sahaja.

7. JULAI
🔜 7 Jul Hari: Ulang tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia – Pulau Pinang sahaja.
🔜 12 Jul: Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang – Pulau Pinang sahaja.
🔜 15 Jul: Nuzul Al-Quran – Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor, Terengganu sahaja.
🔜 28-29 Jul: Hari Raya Aidilfitri –   negeri.

8. OGOS
🔜 31 Ogo: Hari Kebangsaan – semua negeri.

9. SEPTEMBER
🔜 13 Sep: Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak – Sarawak sahaja.
🔜 16 Sep: Hari Malaysia – semua negeri.

10. OKTOBER
🔜 4 Okt: Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah – Sabah sahaja.
🔜 5 Okt: Hari Raya Qurban – semua negeri.
🔜 6 Okt: Hari Raya Qurban (hari kedua) – Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis sahaja.
🔜 23 Okt: Hari Deepavali - semua negeri.
🔜 24 Okt: Hari Keputeraan Sultan Pahang – Pahang sahaja.
🔜 25 Okt: Awal Muharam (Maal Hijrah) – semua negeri.

11. NOVEMBER
🔜 11-12 Nov: Hari Keputeraan Sultan Kelantan – Kelantan sahaja.
🔜 22 Nov: Hari Keputeraan Sultan Johor – Johor sahaja.
🔜 29 Nov: Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – Johor sahaja.

12. DISEMBER
🔜 11 Dis: Hari Keputeraan Sultan Selangor – Selangor sahaja.
🔜 25 Dis: Hari Krismas – semua negeri.

CUTI PERTENGAHAN SEKOLAH PENGGAL 1:
🔜 21 Mac hingga 29 Mac 2014 – 9 hari.

CUTI PERTENGAHAN TAHUN:
🔜 27 Mei hingga 14 Jun 2014 – 19 hari.

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2:
🔜 12 Sept hingga 20 Sept 2014 – 9 hari.

CUTI AKHIR TAHUN:
🔜 21 Nov 2014 hingga 3 Jan 2015 – 44 hari.

UNTUK MEMUDAHKAN PERANCANGAN TAHUN 2014. Selamat Merancang...!'

November 24, 2013

pelengkap hidupku lirik

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu
*
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari
Reff:
Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu
Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karna hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkap ku di dunia
Back to *
Back to reff [2x]

cara mandi wajib yang betul

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.



“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .



Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.



Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.



Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.



Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.



Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.



Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.



Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .



Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.



Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.



2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.



3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).



4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.



5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.



6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.



Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……





1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain

November 23, 2013

apa maksud nama and dan tarikh lahit - numerology

a sweet friend of min tell me about numerology. i just try one and this came out....

sourceL http://www.scientificpsychic.com/numerology.html

Numerology - What your name means.

Your name: siti nurhuda is associated with the gematria number 9.
Your name in hexadecimal: 73 69 74 69 20 6E 75 72 68 75 64 61
Your birth date: 10261983 corresponds to Life Path number 3.
Your sign of the Zodiac is Scorpio. You were born in the year of the Pig.
Number Nine People
You are very intelligent and very clever. Because of your extraordinary nature and magnetic personality, you are always well-liked. Number Nine People, however, must guard against being opportunistic and distrustful of other people. Your number promises success in any field you try. Number Nine People are quick and funny. It is not likely for a Number Nine person to mind his own business. The person associated with the number 9 would be a loving parent. Number Nine People tend to be quick witted, clever, and creative. They learn quickly and are good at solving problems
Number Nine People are erratic geniuses. Clever, skillful, and flexible, they are remarkably inventive and original and can solve the most difficult problems with ease. There are few fields in which Number Nine People wouldn't be successful but they have a disconcerting habit of being too agreeable. They want to do things now, and if they cannot get started immediately, they become discouraged and sometimes leave their projects. Although good at making decisions, they tend to look down on others. Having common sense, Number Nine People have a deep desire for knowledge and have excellent memories. Number Nine People are strong willed but their anger cools quickly. They master most anything. They have extremely charming manners that draw others. Number Nine People solve difficult problems with ease. They are quick-witted, innovative, and they have total and intense belief in themselves. No one delights in their own accomplishments like the Number Nine People. Enjoying themselves immensely, they try anything at least once!

 umber Nine People are intellectual and their memory is phenomenal. They recall the smallest details of everything they have seen, read, and heard. They must depend on that memory since they have an otherwise untidy mind. Number Nine People are wizards with money. They are original, shrewd, and when they need to, they can fool anyone. There are a hundred and one fantastic schemes they want to try, and you can bet they make some of them work. Even when they take you in, it is hard to be angry with them, or begrudge them anything. They don't care what opinions others have of them. They know they are lucky, and they also know they have the ability to change things when convenience calls. Number Nine People are virtually unsinkable! When the odds are stacked against them, Number Nine People know when to quit. Their timing is superb, and they will wait to try another time. If you try to trick Number Nine People, they will probably catch you. They never make a move without a plan. They are great strategists. They can spot an opportunity in any form. They never miss a trick!
Number Nine People are hard workers once they have a piece of the action. The bigger the piece, the better they do. Number Nine People like to travel, and they want to do it first class. They need a certain amount of excitement in their lives.
Number Nine People must be careful in romance, although clear-sighted, they are very critical and lose interest in anyone they can't consider their peer. They are vain and egotistical, but even that is to their advantage. Number Nine People are always out in front!
Life Path 3
The Life Path 3 indicates that you entered this plane with a strong sense of creativity and with wonderful communication skills. Achievement for you most likely comes through engaging your ingenious expression. A truly gifted 3 possesses the most exceptional innovative skills, normally in the verbal realm, writing, speaking, acting, or similar endeavors. Here we are apt to find the entertainers of the world, bright, effervescent, sparkling people with very optimistic attitudes. The bright side of this path stresses harmony, beauty and pleasures; of sharing your inventive talents with the world. Capturing your capability in creative self-expression is the highest level of attainment for this life path.
Life is generally lived to the fullest, often without much worry about tomorrow. You are not very good at handling money because of a general lack of concern about it. You spend it when you have it and don't when you don't.
The 3 loves connecting with people. The characteristics of the 3 are warmth and friendliness, a good conversationalist, social and open. A good talker both from the standpoint of being a delight to listen to, but even more importantly, one who has the ability to listen to others. Accordingly, the life path 3 produces individuals who are always a welcome addition to any social situation and know how to make others feel at home. The approach to life tends to be exceedingly positive. Your disposition is almost surely sunny and openhearted. A happy and often inspired person, you are constantly seeking and needing the stimuli of similar people.
There is a remote side to your 3 Life Path, as well. This comes as a surprise to the native and to those who think they are well acquainted. The 3 is actually a very sensitive soul. When hurt, you can easily retreat to a shell of morose silence for extended periods. Nonetheless, the 3 eventually copes with all of the many setbacks that occur in life and readily bounces back for more. It is usually easy for you to deal with problems because you can freely admit the existence of problems without letting them get you down for too long. Because of your own sensitivity to hurt, you have a caring disposition and seem to be very conscious of other people's feelings and emotions.
In romance, the 3 is a very ardent and loyal lover. Affairs that don't go well can leave scares that seem to linger. Emotional experiences of all sorts tend to deeply touch the 3 and the drama may take some time to play out. Regrettably, the giving disposition of the 3 often attracts demanding partners. As with most of life's issues for the 3 Life Path, balance in relationships is illusive.
Your big test with a 3 Life Path is controlling your highs and lows. You won't survive very well in any routine environment or when you are placed under dominating management. Slow thinking and overly contemplative people tend to frustrate you, and you don't function too well with this type whether you are working for, with, or under them. Your exuberant nature can take you far, especially if you are ever able to focus your energies and talents.
For the few living on the negative side of this Life Path, a 3 may be so delighted with the joy of living that the life becomes frivolous and superficial. You may scatter your abilities and express little sense of purpose. The 3 can be an enigma, for no apparent reason you may become moody and tend to retreat. Escapist tendencies are not uncommon with the 3 life path, and you find it very hard to settle into one place or one position. Guard against being critical of others, impatient, intolerant, or overly optimistic.

November 21, 2013

Pembedahan Katarak

Just had my cataract surgery. Rsmai org kata umur muda dah ada katarak. Redha je semoga lebih baik after this. 

Both eyes kene katarak :( Satu dah remove tunggal mata kanan. Doctor kata tunggu mata kiri stabil then baru buat mata kanan.

Rindu nak baca dengan baik. Hope everything will improve.

November 3, 2013

jjcm: arabian food di raudah cafe, seri kembangan

boss belanja lagi. yeay! semoga murah rezeki boss senantiasa.

kali ini kami dibawa ke seri kembangan untuk menikmati nasi arab. Lokasi kedai raudah cafe adalah di pusat bandar putra permai bersebelahan taman equine dan berdepan pasar borong selangor, seri kembangan.

kedainya   bersaiz sederhana menyajikan menu makanan arab yang biasa dan simple untuk para pengunjung. jadi, kita tidaklah pening nak pilih menu apa. cuma pilih samada nak makan lauk ayam, kambing, ikan atau sotong. 

senarai menu di raudah cafe adalah seperti berikut:


terdapat juga menu keluarga sebagai pilihan yang menyajikan menu lauk kombinasi sesuai untuk empat orang makan. jadi dapat jimat sedikit wang dan mengurangkan risiko pembaziran jika ada ahli keluarga yang makan sikit.


memandangkan kami 7 orang, jadi kami memilih dua hidangan set keluarga yang mengandungi lamb kabshah, chicken kabshah dan roasted chicken. sedulang set famili hanya rm52 sahaja.


set keluarga juga disertakan dengan 1 jug air, pilih antara teh atau sirap bandung. kami pilih teh arab yang lebih menyegarkan mata agar tidak layu selepas makan hehe... 



itu sahaja perkongsian pada hari ini ^_^ ini gambar gen opis yang sedang menunggu makanan tiba. semua perut dah berkeroncong hihi...





licin licau gen perempuan makan. nasib tak hancur tulang kambing dan ayam kena kekoh... lapar benor ni dari glenmarie tahan lapar nak makan dekat seri kembangan

October 23, 2013

nikmati Chatime pada harga RM1

siapa peminat minuman chatime? adakah anda juga pengguna wechate? wechat + chatime = wechatime. jangan terlepas peluang beli minuman kegemaran anda hanya dengan RM1 sempena "wechatime 1 million cups celebration".



tawaran ekslusif ini hanya untuk tempoh terhad bermula dari 18-27 october 2013. jika anda ada wechat namun masih belum follow chatime, sila search chatime dan add sekarang to redeem. tapi jangan terus tekan redeem sbb offer tu valid untuk 60 minit once dah redeem. sampai di outlet baru klik redeem. 

harga RM1 itu sah untuk pembelian kedua minuman chatime. Minuman pertama adalah di caj pada harga biasa. selamat menikmati chatime kegemaran anda. My fevret is horlic choco with grassjelly and strawberry pudding :)




October 17, 2013

cash out 8share yang pertama

hehe malu nya selama ni baru first time nak cash out 8share. Tu pon minimum amaun rm50. Tapi dah bole cash tu kita cash kan aje la ek? Hihi, tq 8share :)


October 16, 2013

amalan murah rezeki

jika hendak murah rezeki dan dipermudahkan cuba amal:
Pagi
- Solat dhuha 4 rakaat
- Baca 1 ms Al-Quran

Petang
- Baca surah al-waqiah

Malam sblm tidur
- Solat Taubat
- Solat Istikharah
- Solat Hajat
- Baca 1 ms Al Quran
 

pakej facial dan spa murah hanya RM38

sejak beberapa hari ini me amat-amat merasakan diri ini memerlukan sesi perwatan wajah yang kian kusam dan urutan memanjakan tubuh yang lesu. jadi me mula berkira2 untuk mencari salun dan spa yang ingin dikunjungi.

selalunya me memang suka pergi Tini Spa kerana ianya dekat dan servis pon memuaskan bagi me. cuma untuk bulan nie bajet me ciput. and nak ajak teman mesti lah nak bajet juga kan? sebab me and teman bukanlah banyak ringgit sangat hihihi.

so untuk reliasasikan keinginan berfacial dan berurut cara bajet makanya me pon mula menggodek groupon dan livingsocial. ini adalah dua website favourite bila me nak cari sesuatu yang lebih murah dari harga biasa.



hasil godekan akhirnya me jumpa satu pakej facial berserta urutan dan scrub yang boleh tahan murah harganya. hanya RM38 untuk ketiga2 servis tersebut! lokasinya di danau kota dan nama salun nya adalah suri permai.

mengikut pengalaman me ekspress atau normal facial biasanya berharga dalam lingkungan RM40. jadi dengan harga yang ditawarkan groupon RM38 untuk facial, urut dan skrub adalah amat berbaloi dibeli. paling murah me pernah beli untuk pakej facial dan urut adalah RM55 di tini spa. ini me beli di livingsocial dan me amat puas hati sebab turut dapat voucer RM50.

ok ini informasi tentang pakej facial + urut + skrub yang me beli di groupon.

***********************************************************************************
About This Deal
Obvious signs of stress include wall-punching, dessert binging, and furious quarrels with imaginary friends. Today’s Groupon simmers down with a 135-minute pamper package consisting of a full body massage and facial from Suri Permai in Kuala Lumpur. Choose from:
  • Package for 1 person for RM38 instead of RM363
  • Package for 2 people for RM68 instead of RM726 (only RM34 per person)

Package includes
  • 45-minute full body massage
    - Uses lemongrass essential oil
  • 45-minute body scrub and mask
  • 45-minute facial
    - Cleansing
    - Scrub
    - Steam
    - Extraction
    - Face massage
    - Moisturising mask application
    - Moisturiser and sunblock application





Suri Permai

The contemporary decor of the parlour welcomes patrons into its therapy zone of softly-lit corridors, bright walls, wooden floors and batik-covered beds as the cascading mini water feature soothes eyes and minds. Ensconced in Taman Danau Kota and located near KL Festival City, Suri Permai provides various beauty services including nail treatments, post natal services, hair packages and more. Patrons are recommended to wear loose-fitting clothes for after-treatment comfort, preferably batik skirts to blend in with the beds.
Phone: 03-4143 1070 / 017-201 0919 (Call 10am – 7pm daily)
Facebook:
 suripermai 
Business registration number:
 76270-M





October 9, 2013

Peluang Menang RM20,000 dengan Kisahku Almera Contest

Jom nak ajak join satu peraduan yang sangat simple. Yang penting uols kene ada FB jer.  Sambil jawab 3 soalan kacang buncis  tu you layan video pendek yang menarik untuk dapat jawapan dalam tu! Senang gile laa!



Prizes:

1 x Grand Prize: RM 20,000 cash
1 x 1st runner up : RM 5,000 cash
1 x 2nd runner up : RM 3,000 cash
1 x 3rd runner up : RM 1,500 cash
7 x Consolation prizes : RM 500 cash

Untuk join lawati: The Star Online

Peraduan ini dibawakan oleh syarikat Edaran Tan Chong Motor dan The Start Media Group.

About Nissan Almera:The Nissan ALMERA is built on an all-new global “V” (versatile) platform which utilizes a lightweight yet rigid body. Powered by Nissan’s latest 1.5-liter HR15DE four-cylinder engine featuring Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) which offers excellent fuel efficiency as well as strong drivability.

ALMERA delivers a full complement of safety features such as front airbags, Anti-lock Braking System (ABS) with Electronic Brake-force Distribution (EBD) and Brake Assist, as well as ISOFIX Child Seat System. The Nissan ALMERA comes in 5 exciting colors; Bronze Gold, Sapphire Black, Twilight Grey, Tungsten.

October 8, 2013

Masalah Dalaman Wanita



Baby selalu bising gatal dibahagian alat sulit dan ada kesan keputihan yang tak berapa putih pada seluar dalam. Baby baru tujuh tahun jadi me memang sangat risau. So me try search dulu some info before goint to clinic tomorrow. Artikel dari utusan ni menarik sebab ada simptom untuk budak-budak. And juga untuk dewasa. So just to share.

Utusan Online


SAYA mengalami masalah gatal-gatal di kawasan faraj saya. Masalah gatal-gatal ini membuatkan saya tidak selesa untuk menjalani aktiviti harian saya. Bolehkah doktor terangkan apakah punca dan kesannya?. Terima kasih
Zura, Kedah

Jawapan
Mohon berjumpa dengan doktor seberapa segera untuk mendapatkan rawatan. Agak susah untuk saya mengagak dengan tepat masalah tersebut. Bagi merawat sesuatu penyakit, seseorang doktor perlu mengambil sejarah pesakit secara terperinci, melakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh dan seterusnya membuat tata cara penyiasatan yang tertentu.

Saya tahu kebanyakan wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau faraj (vagina). Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air kecil dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani masalah berkenaan. Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Pada kebiasaannya masalah gatal boleh disebabkan oleh jangkitan kandida pada faraj disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (candida albicans) yang ada dalam faraj. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan faraj wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada faraj.

Punca
Selalunya, bagi pesakit yang mengidap jangkitan itu hanya perlu mendapatkan rawatan sekali saja dengan melakukan ujian untuk dikaji di makmal seperti pap smear, terapi oral, vaginal pessari dan sapuan krim pada kulit yang mengalami jangkitan itu. Apa yang lebih penting, kedua-dua pasangan itu harus berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan sewajarnya. Masalah jangkitan oleh kandida dan trikomonas dimanisfestasi oleh gejala pengeluaran lendir yang berbau dari faraj, banyak, ada yang berkeladak dan berwarna kehijauan.

Ada juga penyebab lain yang menimbulkan masalah yang sama seperti mana yang dihadapi anda. Salah satunya adalah, infeksi cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis). Ia adalah suatu infeksi parasit yang terutama menyerang anak-anak, dimana cacing Enterobius vermicularis berkembang biak di dalam usus. 

Kebiasaannya ia menyebabkan rasa gatal yang hebat di sekitar anus, kurang tidur (biasanya kerana rasa gatal yang timbul pada malam hari ketika cacing betina dewasa bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana), rasa gatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi infeksi (akibat kerap menggaru). Infeksi cacing kremi dapat disembuhkan melalui pemberian ubat anti-parasit seperti mebendazole, albendazole atau pirantel pamoat. Seluruh anggota keluarga dalam satu rumah harus mengambil ubat tersebut kerana infeksi berulang boleh menyebar dari satu orang kepada yang lainnya. Untuk mengurangi rasa gatal, boleh disapukan krim anti gatal ke kawasan sekitar anus (dubur) sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

Penyakit lain yang boleh menimbulkan gejala gatal pada luar faraj adalah penyakit scabies atau dikenali juga sebagai kudis buta. Scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini. Organ utama yang terlibat adalah kulit iaitu hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini menyebabkan tindak balas alergi berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Kesan utama apabila terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan mengelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.

Rawatan
Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk 3 malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Kebersihan kemaluan ditingkatkan dengan membersihkan menggunakan air bersih, pemakaian pakaian dalam yang tidak ketat dan dibuat dari bahan kain kapas. Hindarkan pemakaian sabun, haruman pada faraj (vagina), serta jenis ubat-ubatan yang dapat mengiritasi permukaan kemaluan. Pilihlah sabun bayi dan bukan sabun wangi apalagi deterjen. Saya harap usah malu dan janganlah melengah-lengahkan untuk mendapat perawatan. Berjumpalah dengan Doktor dan rawatan yang terbaik dapat diberikan.

September 14, 2013

Proton Suprima S In The Showroom

First time tengok kereta display dan test drive yang sampai, wow! Memang cun. Memang stylish. Me suka sangat. Bagi me memang cukup bergaya dah. Buat me mengidam nak sambar untuk diri sendiri :)

Jom tgk pic yang sempat me snap. Jika berminat nak beli boleh hubungi me ok ^_^









Friday Catch: Avon Cosmetic

Mari lihat hasil tangkapan kita pada hari ini. Rehat selama 2 jam setengah telah membolehkan me menghantar my doter to school and also......singgah to Avon Boutique berhampiran sekolah itu!


Tadaaaa ini lah dia yang me beli. A lipstick, a blusher and two glitter eye liner. 


Semuanya hanya berharga RM52 sahaja termasuk yuran pendaftaran ahli baru. Actually memang tiada niat nak jadi ahli. Tapi...alang-alang apa salahnya. Hanya RM5 sahaja taw untuk jadi ahli and if i am not mistaken u can get 15% discount!

Itu saja ke? No, no no.....me juga telah diberi satu free gift iaitu floral jug with cup. Untungkan? Dapat juga catalogue Avon untuk cuci mata. Status me: feeling happy sebab rasa jimat sangat belian hari ini, sambil-sambil dapat ubati hati lara.....


August 18, 2013

House Cleaning

Hari ni mesti kene kemas rumah! Orang lain dah berkemas dari sebelum raya, tapi me baru nak berkemas lepas raya. Isnin sampai sabtu semalam me kerja memang tak sempat nak buat apa-apa di rumah.

Jadi hari ini me ponteng datang ofis walaupun ada launch Proton Suprima S. sebab rumah dah tahap gaban sepah siot! Ish ish....malu nyer kih kih kih..... 

Ok chow laaa nak kemas sat... dadadididudu ❤❤❤❤


August 14, 2013

Salam Aidilfitri 2013

Harap tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya. Raya tahun ni biasa-biasa aje. Sebenarnya setiap tahun pun biasa sahaja. 

Me punya kampung Shah Alam, Selangor. Suami punya kampung Pasir Puteh, Kelantan. Tapi me rasa raya kat Shah Alam ada sambutan hari raya jika dibanding dengan Kelantan.

Kami ada macam-macam menu raya dan saling lawat melawati di hari raya. Kat tempat suami tak de suasana ni. Adik me pun kata kampung suami dia di Machang tak best macam kami di Shah Alam.

Whatever laaa. Asal happy sudah kan? Ok laa ini curi gambar raya dari FB adikku Nani. Nani and me nmpk cam sama muda jer kui kui kui :)





March 16, 2013

Penyakit Malas

Hari ini Sabtu me ambil cuti. Sebab nk kemas rumah yang tunggang terbalik. Sakit mata melihat keadaan rumah.

Tapi penyakit malas sudah datang menyerang. Macam mana ni..... Sedapnya bergolek atas katil ku ini..... Nak tidur kejap je, boleh?

March 10, 2013

Tony Romas Setia City Mall - Mengecewakan

Awal bulan hari tu, me belanja mylove makan dan tengok wayang sempena birthday nya. So, kami semua pergi ke Setia City Mall untuk kali pertama.

Nasib baik senang nak parking and tak begitu crowded kat sini. Me pilih untuk belanja mylive di sini sebab nak gunakan Groupon voucher Tony Romas yang telah me beli beberapa minggu lepas. Me bukan nya banyak duit so kena la ambil kesempatan bila ada diskaun cenggino kan?

Tapi pengalaman me di Tony Romas Setia City Mall tidak berapa best. Sebab servis dan makanan yang me terima tidak up to the standard by me. Bukanlah nak standard mana pun yang me harapkan tapi memang agak mengecewakan me.

Perkara pertama yang tak best ialah servis lambat sangat. Selepas amik oder dan voucher, me terpaksa tunggu lama sangat. Yelah, mungkin me pakai bocher kowt, tu pasal slow ke? Tapi me ada kuga menu yang tiada dalam voucher. Yang me paling tak puas hati terpaksa tunggu hampir 30 minit untuk mereka buat air. Latte and hot chocolate maybe susah la mk sukat-sukat. Air kosong pon lambat juga. Susah ke nak buat air kosong?

Kedua, air panas yang me order tu tak panas! Apehal? Tapi sebab tekak dah haus minum aje laa.

Ketiga, dah laa main course sampai lambat giler sampsi me siap termenung dan berangan-angan dengan mylove. Bila sampai, me dapati makanan tak lanas tapi suam-suam kuku aje! Me malas nak kompelin nanti satu jam lahi pulak baru bole makan. So, we all semua telan sje sebab dah kebulur.

Anyway, the good thing is menu set voucher Tony Romas yang dibeli dari Groupon ni memang besar portionnya. Me hanya beli dua set kongsi dengan anak-anak dan mylove pon banyak yang berlebih. Chicken tenders pon tak terusik. Bab ni memang bagus dan berbaloi. Cuma me harap bab servis dan kualiti hidangan di Tony Romas Setia City Mall kene perbaiki lagi. Just my2cents :)









Siakap Goreng Dengan Sos Butter

Hari ni sampai rumah aje my hubby dah siap siangkan ikan siakap. Tak payah la me berkungfu dgn ikan macam semalam :)

Memandangkan semalam dah buat siakap kukus stim halia, baki seekor siakap ni me nak guna bahan yang masih ada di peti ais only. And guess what? Me ada butter and daun kari yang masih bersisa. Baik me lici kan semua bahan ni kan?

At last me come out with............... Siakap Goreng dengan Sos Mentega. Atau kita bagi gempak sikit------ >>> Fried Siakap with Creamy Butter Sauce. Yang penting caranya simple dan tak banyak bahan ^_^

So ini resepi sempoi yang me balun tgk dar youtube (tapi sumber lauknya bukanlah ikan siakap pon hahaha) utk buat menu Fried Siakap with Butter Sauce.

Bahan untuk menggoreng ikan:

Ikan siakap
Kunyit
Garam

Bahan untuk membuat sos:

Sedikit minyak masak
1 senduk mentega
6 biji bawah putih di potong dadu
1 biji bawang besar di potong dadu
10 biji cili padi
4 tangkai daun kari
1 tin susu cair
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung gandum

Cara-cara:
Goreng ikan siakap sampai garing dan ketepikan. Panaskan minyak masak then cairkan mentega. Tumis bawang putih sampai naik bau dan tumiskan pula bawang besar, daun kari dan cili padi. Campurkan setin sudu cair dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila dah gelegak, masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan kuah. Akhir sekali, tuang kuah di stas ikan siakap yang sudah sedia digoreng tadi.



March 5, 2013

Tebuslah Rebet RM200 Telefon Pintar



Dah dapatkan ke rebet RM200 pakej komunikasi belia untuk handphone idaman? Or at least handphone yang berkemampuan untuk dibeli. Okay, me dah tebus rebet RM200 untuk beli iphone 5, yaww!

Sebab apa me pilih untuk guna rebet tu beli handphone yang agak mahal untuk poket me adalah...... kerana geram. Ya, sebab geram terus pergi beli telefon itu. Bukan geram tengok iphone 5 yang mengancam tapi geram dengan si buah hati yang telah mengacau jiwa me, hehehe. Anyway, me redha jer laaa, alhamdulillah. Dapat juga me merasa handphone baru yang canggih, cantek dan hot ni kan....hihihi....

Bagi anda yang berumur 30 tahun dan ke bawah yang belum memohon rebet telefon pintar sebanyak RM200 itu, silalah pohon laju-laju okay. Dengan diskaun RM200 tu bolehlah jimat dan gunakan untuk bayar bil bulanan selama dua bulan kan...kan... 

Macam mana cara nak tebus rebet RM200 untuk telefon idaman itu? Senang aja....
  1. Isi borang permohonan di laman web skmm.gov.my
  2. Then print slip penebusan yang dihantarl ke email kita.
  3. Bawa slip tersebut ke mana-mana telco centre pilihan anda. Hari tu me redeem hanya centre sahaja yang accept.
  4. Pilih telefon yang telco company tawarkan.
  5. Bayar dan bawa pulan telefon anda! ^_^
Senang aja kan? Tapi usaha me nak dapatkan iphone5 tu taklah sesenang ini. Sebab setiap kali pergi Digi centre, telefon habis! Nak continue ambil pakej digi tapi dah 4x weekend pergi stok iphone asyik habis sahaja. akhirnya beli dengan cawangan celcom berdekatan rumah. Tanpa pakej, sedikit rugi berasa. Tapi hati gumbira dapat memegang iphone5 idaman ku ini, huuuuu :)

February 9, 2013

Tips Elak Bosan

Bangun pagi celik mata, terus muncul perkataan bosan. Mylove dah pergi kerja, nak deliver kereta customer katanya. Anak-anak pula dah bergolek dalam swimming pool.

Tinggal me sendirian terkebil-kebil. Dah habis semua channel tv ditukar. Tiada yang menarik. Akhirnya me godek game dalam phone.

Kebetulan semalam download game baru Angela Cat. Nak guna macam mana game tu tak reti lagi. So tekan aje sana sini. At last tertekan satu button di mana si Angela Cat memberikan satu nasihat yang terkena batang hidung me.

" Try something new today. Even if you fail, it's better than dying out of boredom."

Itu lah yang diberikan oleh Angela Cat sambil capturing my pic in surprise. Tapi, bila me renungkan kata-kata si kucing manja tu ada betulnya. Setiap hari buat benda sama aje. Pastilah bosan. Bila kita bosan pasti emosi itu mempengaruhi riak wajah dan tingkah laku kita.

Apa agaknya benda baru yang boleh me cuba ya? Nanti me fikirkan. Anyway bagus juga ada Angela Cat ni. Boleh bercakap dan memberi mutiara kata.

February 3, 2013

Harap Masih Belum Terlambat

Salam 2013. Harap tidak terlambat untuk me ucapkan salam di tahun 2013 ini. Hampir sebulan me tak menjengah blog ini. Terlalu sukar untuk mencari kesempatan dalam kesempitan waktu perjalanan hidup me sekarang. Everything seem to be harder and not turn out right for me. Terlalu banyak dugaan dan me rasa diri semakin lemah. Namun mengenangkan me masih punya tanggungjawab yang sangat besar, me sedar kembali. Inilah perjuangan hidup yang harus me pikul. To make everything right, it is up to myself. Me harapkan everything will be better. Me harapkan tahun ini menjadi tahun yang terbaik untuk me. Please, show me the love......