July 24, 2014

RUPA POKOK KACANG SOYA

Salam blog.

Tak sabarnya nak balik shah alam. Esok jumaat hari terakhir bekerja. Hati dah berbunga-bunga gembira nak balik untuk bersama keluarga.

Ok, kembali kepada tajuk asal. Hari ini sedang saya membaca artikel tentang makanan yang baik untuk pesakit diabetes akak kencing manis, saya terbaca bahawa salah satunya adalah kacang soya. Salah satu resepi yang disebut adalah mengunakan edamame. Eh, apa edamame? Kacang soya?



pic: agphd.com

Edamame adalah kacang soya? Atau lebih tepat lagi kacang soya yang masih muda sebelum dituai. Saya amat terkejut sebab tak sangka kacang edamame kegemaran saya itu merupakan sumber asal kacang soya yang kita guna untuk membuat makanan dan minuman.

Maaf la jika saya kelihatan jakun; sehinnga pada umur 31 tahun pun saya tidak tahu kacang soya dan edamame adalah dari pokok yang sama. Sekarang saya sudah tahu dan mula terasa nak minum air soya sambil makan spicy edamame. Yum, yum J


Jom kita lihat rupa pokok kacang soya dan edamame ni. Gambar saya ambil dari web http://www.agricultured.org/indiana-soybean-fields-in-september/






2 comments:

YatieOwner said...

alamak. PG baru tau, itu rupanya :D
hehe.

Star M said...

Tq info ni