Showing posts with label bajet 2013 rebet smartphone. Show all posts
Showing posts with label bajet 2013 rebet smartphone. Show all posts

December 30, 2012

Rebate RM200 Untuk Smartphone Bermula 1 January 2013

Berita baik untuk adik-adikku dan rakan-rakan yang masih muda belia (berumur 21 - 30 tahun)! Bermula 1 Januari 2013 sudah boleh memohon rebet RM200 untuk smartphone 3G.

Tapi, lupakanlah pada sesiapa yang berhasrat guna rebet RM200 tu untuk beli iphone 5, samsung s3, samsung note 2 dan sebagainya yang lebih RM500.

Kenapa? Sebab rebet ini hanya sah untuk smartphone yang berhaga RM500 ke bawah. Ini supaya pembelinya boleh dapat merasai menngunakan smartphone hanya dengan harga lebih kurang RM300 sahaja.

Me rasa me setuju juga kalau ini syaratnya. Yalah, kalau dah boleh telefon ribu riban bukanlah dikira golongan kurang mampu kan hehehe. Golongan yang beli ribu riban ni biasanya bertukar telefon setiap kali ada launching model telefon tekini.

Target market skim ini adalah untuk golongan yang kurang berkemampuan dan tidak pernah merasai menggunakan smartphone. Kebanyakan adalah pengguna prepaid kerana syarikat telco jarang memberikan insentif pembelian smartphone kepada pengguna prepaid. Jadi dengan adanya skim ini dapatlah membantu golongan yang kurang berkemampuan ini membeli smartphone.

Permohonan boleh dibuat dengan mendaftar secara online di website http://nbi.skmm.gov.my/ bermula 1 Januari 2013.Skim ini berdasarkan siapa cepat dia yang dapat terhad kepada 1.5 juta pemohon dan hanya sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut dan syarat kelayakan boleh melawat website http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Press-Release-PKB-GMBO.pdf . Di situ juga ada disenaraikan list telefon yang layak untuk dibeli menggunakan rebet RM200 tersebut.