Showing posts with label harga tiket water world i-city. Show all posts
Showing posts with label harga tiket water world i-city. Show all posts

December 15, 2012

Berbaloikah Water World @ i-City?

i-city baru sahaja menambah satu daya tarikan baru buat pengunjungnya iaitu Water World @ i-city. Me dan family ambil kesempatan untuk mencuba Water World @ i-city pada Isnin lepas. Kebetulan ayah dapat dua tiket percuma untuk dewasa dan diberikan kepada Me. Jadi Me hanya perlu beli tiket kanak-kanak sahaja.

Me sempat snap harga tiket Water World @ i-city. Cuba lihat gambar di bawah untuk info harga tiket. Walaupun Me pergi hari Isnin, harga belian tiket tidak dicaj mengikut harga Weekday. Pengunjung dicaj harga tiket Weekend kerana masih musim cuti sekolah. Me terpaksa la bayar RM30 per child instead of RM20.

Tapi, total payment yg dibuat before Me masuk adalah RM130. Why sampai RM130?
- tiket kanak-kanak (akan di beri wristband berbentuk jam): 2 anak x RM30 = RM60
- sekuriti deposit untuk wristband: 2 x RM10 = RM20
- meal kredit (minimum RM50 and balance is returnable): RM50
GRAND TOTAL = RM 130

Selepas buat payment, ME sekeluarga dengan happynya enter Water World @i-city. Tak perlu beratur panjang sebab orang tak ramai pon hari itu. Sebelum masuk pekerja di situ akan check dulu beg. Siapa yang tak pandai sorok makanan luar yang dibawa memang kene tinggalkan di kaunter masuk. Hehehe tapi Me just bawa roti so pekerja tu pon tak perasan Me ada bawa outside food. For info, makanan yang dijual di waterworld i-city agak mahal. Set Nasi lemak and air RM10! Me memang dah standby roti so tak plan lah beli makanan dalam tu. Kalau 4 orang makan nasi lemak dah RM40!
Water World i-city ni tak lah besar sangat. Me rasa macam besar sikit dari Wet World Shah Alam. Tapi dia ada banyak sikit mainan air yang menarik dari Wet World Shah alam. CUMA, CUMA, CUMA...... Me rasa terkilan hampir sebahagian maianan air di Water World i-city Me tak boleh main satu family. Mestilah anak-anak Me (umur 7 dan 9 tahun) mengamuk-ngamuk sebab semua tak cukup ketinggian. Paling rendah untuk mainan seperti picture di bawah adalah 140 cm.





Jadinya, yang dok main Me and hubby aje yang boleh. Anak-anak main pool kanak-kanak aje ke? Memang Me rasa tak puas hati and tak berbaloi! And bukan itu sahaja, ada mainan yang pakai tube 4 orang tapi Me and hubby berdua aje. So sad! Oleh kerana anak-anak pon dah bosan and Me pon sama, ME hanya spend about 1 1/2 jam sahaja di sini.

Bagi Me, ini mungkin kali pertama dan terakhir Me ke i-city. Samalah macam pengalaman Me ke Snowalk i-city sebelum ni. Me rasa bayaran tiket di i-city ni agak mahal untuk pocket Me. Me and anak-anak lebih mesra dan selesa berada di Wet world Shah Alam walaupun tak sebesar mana. Just my2cents.