June 25, 2015

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Bulan ramadhan kali ini memang  jarang pergi ke bazar @ param sebab tak lalu dan tak tahu nak beli apa. Kalau beli pon banyak yang terbazir dan tidak habis sebab tak kena dengan selera. 

So, kali ini lebih suka untuk masak sendiri juadah berbuka puasa. Walaupun, masakan tak se-pro atau sehebat peniaga param atau tukang masak professional, tapi rasa air tangan sendiri ni memang kenalah dengan tekak iols :)

Memandangkan iols ni beginner dalam bidang masakan, so bila nak masak banyak survey resepi dari internet. Memang mudah tanpa perlu buku resepi. So banyaklah blog2 yang iols lawati dan membandingkan resepi untuk dibuat dengan cara yang paling mudah sekali sebab diri ini memang tak seberapa rajin nak buat yang renyah sangat.

Hasil survey iols, semua resepi menggunakan bahan yang lebih kurang sama cuma sukatan setiap bahan tu berbeza-beza. So keputusan diambil untuk ubahsuai jumlah sukatan bahan ikut kemudahan diri iols nak masak. Waktu lunch terus pergi kedai beli barang dan balik terus ke rumah untuk sediakan bahan perapan. So petang nanti hanya tinggal goreng sahaja. Alhamdulillah menjadi and boleh tahan sedap gak hehehe....


RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN
6 potongan kecil ayam

kisar basah:
bawang putih - 3 biji
bawang kecil - 6 biji
serai - 2 batang
halia -  sebesar ibu jari
lengkuas - sebesar ibu jari
serbuk kunyit - 1 sudu kecil
cili boh - 2 sudu besar
serbuk kari - 2 sudu besar
sedikit air

kisar kering:
ketumbar - 1 sudu besar
jintan manis - 1 sudu besar
jintan putih - 1 sudu besar

daun limau - 4 helai (hiris halus)
daun kari - 2 tangkai (dicerai dari tangkai)
garam - secukup rasa
gula - secukup rasa

CARA-CARA
Gaul sebati ayam bersama semua bahan di atas. Perapkan seberapa lama yang dimahukan. Makin lama rempah makin meresap ke dalam ayam so lagi sedap. Kemudian gorengkan ayam tersebut, angkat serdaknya sekali sebelum hangit dan tabur atas ayam.

P/S: Sebenarnya bahan di atas ada berlebihan dalam 1 senduk kecil. So iols gunakan bahan tu sebagai bahan tumis bihun goreng. Sedap ^_^


June 19, 2015

MOMMY'SIGNATURES 1ST GIVEAWAY BY EYRASAHA


Sedapnya. Sedapnya. Nak sangat dapat giveaway ni....

SIMPLE GIVEAWAY: FROM BINTULU WITH LOVE



Suka sangat pic segmen Iola. Comel sangat sampai nak join segmen :)

Syarat-syarat yang super duper easy :
1. follow blog Iola dan Mellya (baru)
2. Tekan mana-mana iklan yang muncul (thanks)
3. copy banner dan tempek kan di blogpost anda.
4. komen url penyertaan di bawah ini dan... spread the words!

Ajak kawan-kawan meriahkan lagi ye :)
10 Pemenang dan 10 bloglist dicari.

Pemenang akan dipilih melalui random.org manakala bloglist pula berdasarkan 5 penyertaan awal dan akhir.

segmen bermula pada 10 Jun 2015 dan dijangka tamat pada 10 Julai 2015.
Sekiranya penyertaan kurang daripada 30, segmen akan dilanjutkan sehingga 20 Julai 2015 :)

SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN BERSAMA MISYA


Segmen Blogwalking Ramadhan Bersama Misya

Syarat penyertaan :
1 . Create 1 entry bertajuk Segmen Blogwalking Ramadhan bersama Misya , copy paste banner di atas dalam entry anda dan backlink kan ke entry ini .
2 . Jangan lupa mesti follow my blog dan like my page below :
3 . Publishkan entry anda dan komen link entry anda di ruangan komen di bawah ya .
4 . Tarikh tutup penyertaan 3 Julai 2015 jam 12.00 tengah malam .
Mudah je kan syarat penyertaan ? ? Jom sama2 sertai Segmen Blogwalking Ramadhan Bersama Misya . Klik LINK untuk join .


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Blogwalking !