July 21, 2014

Persiapan Raya Malap

Salam.

Lagi seminggu sahaja lagi, dan ramadhan bakal berakhir. Secara jujur, saya lansung tidak membuat persiapan hari raya lagi. Tak pasti samada persiapan itu bakal dibuat saat akhir atau tiada lansung.

Saya tahu, bagi ramai orang sambutan hari raya perlu diraikan dengan meriah dan bermakna. Saya juga tidak terkecuali. Cuma kali ini, saya rasa kurang bersemangat. Saya tak pasti mengapa. Tapi saya rasa tidak adil pula pada anak-anak saya yang menantikan baju raya yang baharu untuk digayakan di pagi raya.


Tengoklah, mungkin saya akan cuba shopping last minute untuk anak-anak saya. Memberikan sedikit kegembiraan pada si kecil yang tak sabar nak bergaya J

No comments: