August 10, 2014

KUAH KACANG SEGERA, NASI IMPIT REBUS

Sekarang ni tengah musim rumah terbuka. Bestnya dapat jalan beraya rumah saudara-mara dan rakan-taulan sambil merapatkan ukhwah dan menambah berat badan.

Tapi saya tak dapat nak join aktiviti bertandang rumah terbuka selepas kembali bekerja. Hanya dapat baca dan mencemburui post rakan semua.

Ok, sebenarnya takde ape sangat nak cerita. Cuma saya masih rindukan kuah kacang dan nasi impit. Buat masa ni setelah balik bekerja dah seminggu tak pekena kuah kacang dan nasi impit.

Jadinya, untuk memuaskan nafsu makan saya hari ini.... Saya buat laa nasi impit dan kuah kacang. Cewah... Bukan buat, cuma tinggal rebus je hihi. Kuah kacang pula hanya perlu tuang air panas. Senang sungguh.

Actually saya tak reti buat kuah kacang. Nasib ada kuah kacang segera beli dengan orang kampung di sini. Sekilo gram serbuk kuah kacang dijual dengan harga RM14. Tak tahulah murah ke mahal. Asal rasanya sama mcm kuah kacang okay la tu kan? Nadi impit macam biasa beli ketupat mini Nona :)


Adanya barng segera macam ni mudah sangat kalau saya sendiri nak buat open house ye tak? Rebus ketupat mini nona dan siram air panas je serbuk kuah kacang. Tadaaa, jadilah menu seharian saya hati ini. Ambik kaw, satu hari dapat makan ni :)

2 comments:

MissNadia said...

rajinnya.. produk segera sekarang memang hangat terlaris di pasaran. memudahkan orang ramai :D

Yun Sing said...

haha suka statement 'menanbahkan berat badan' tuh xD