kebetulan minggu ini ada sambutan minggu penyusuaan susu ibu di klinik. jadi agak bz dgn persiapan majlis kecil-kecilan itu. walaupun kecil tapi berharga buat ibu di kawasan kampung Pantai Remis, Perak. banyak perkara yang akan di kongsi bersama ibu-ibu yang hadir.
antaranya tips untuk ibu menyusu yang mengatakan stok susu mereka kurang. sebenarnya the most important tips adalah ibu mesti menyusu atau mengepam dengan kerap (antara 2-3 jam). Atau jika tak sampai 2-3 jam baby dah menunjukkan tanda-tanda feeding cues, ibu terus bagi je susu.
teknik ini memang berkesan untuk menambah air susu. memang ibu akan penat sebab baby kerap sangat minta, tapi ianya berbaloi. jika baby tak minta dalam 2-3 jam, ibu boleh kejutkan baby and berikan susu. jika susu berlebihan, ibu boleh pam dan simpan untuk kegunaan kemudian hari.
pada masa yang sama, saya juga akan berkongsi dengan ibu makanan yang boleh membantu perbanyakkan susu ibu. tapi amalan pemkanan ini haruslah berserta penyusuan dan pumping yang kerap juga. jika tidak sia-sia aje. okay mari saya share salah satu resepi yang boleh membantu para ibu menambah air susu iaitu semangkuk bubur oat ayam :)
sumber resepi dan gambar: klik sini
Bahan-bahan:
- 1 cawan /90 g Quaker Quick Cook Oats (atau sebarang jenama)
- 100g isi ayam, dihiris halus
- ½ tsp. minyak bijan, (jika mahu)
- 1 tsp. kicap soya cair
- Secubit lada sulah
- ½ cawan (100 g) beras, dibasuh dan direndam selama 30 minit
- 1 litre air
- 1 tbsp. minyak masak
- Halia, dikisar halus
- 2 cendawan kering, direndam, basuh dan dihiris
- 1 batang karot (kecil), dipotong dadu
- Gaul ayam dengan minyak bijan, kicap soya cair dan lada sulah. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan halia, cendawan dan ayam. Kacau 2-3 minit. Masukkan oat, beras (jika mahu), air dan karot
- Masak selama 30 minit sehingga bubur menjadi lembut dan empuk. Jika terlalu pekat dan kering, tambahkan sedikit air panas secukupnya. Tabur garam dan lada sulah secukup rasa.
- Dihidang bersama minyak bijan dan kicap soya cair. Taburkan bawang goring, udang kering dan hirisan cili untuk pelengkap.
No comments:
Post a Comment