August 4, 2014

RAHSIA MENGAPA BERAT NAIK MENDADAK SELEPAS RAYA

Selepas 7 hari menyambut hari raya aidil fitri bersama bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hari ini i kembali semula bekerja. Memang monday blues sangat! Mood rendang, ketupat, lemang dan kuih raya tak hilang lagi.

Seperti biasa bila dah kembali bekerja, perkara nombor satu i nak tengok adalah berat badan terkini, hehe. al-maklumlah, dah bersusah payah turun selaa 30 hari yang lalu nak tahu juga impak ketupat, rendang dan lemang  terhadap kenaikan berat badan selama 7 hari ni.

Naik je atas penimbang dan mata pun dibuka. Wah, berat naik 2.4 kg dalam seminggu. Kalo 30 hari beraya bole naik 10 kg ni! Puasa 30 hari turun 5 kg, raya 30 hari naik dua kali ganda! Oh tidak, mengapa ini terjadi??

Jom kita lihat 5 RAHSIA yang menjadi penyebab utama kenaikan berat badan i sepanjang 7 hari beraya:


  • makan sepanjang hari, dari pagi sampai malam - dush! mana tak naik kan. hari pertama raya sebelum orang pergi sembahyang raya dah breakfast nasi lemak kaw punya from my mom. then sementara tunggu orang habis sembahyang makan kuih raya. Orang balik sembahyang makan lagi dengan keluarga ketupat, lemang and rendang. dah settle di rumah, kami bersiap pergi rumah nenek, maklong, mak ngah, pak lang, mak uda dan mak usu. haa, setiap rumah konfirm makan kuih raya, minum air manis, makan rendang, nasi impit belum ditambah dengan menu special seperti lontong, soto, bihun sup, nasi lemak, nasi kerabu dan banyak lagi... sikiit-sikit kita makan untuk setiap rumah, lama jadi bukit dalam perut ni hahaha... ok, tentatif makan berlansung selama seminggu sebab rumah saudara mara and kawan kan ramai. kebetulan ambil cuti seminggu kan...
  • makan tak ikut sukatan yang sesuai untuk satu hidangan - ok yang ni memang sukar i nak amalkan. sebab i nak ambil hati tuan rumah so i kene laa makan juga. memang i ambil sikit-sikit tapi jika dikumpul dalam pinggan bole jadi membukit. contoh rumah mak i je on hari pertama raya sebelah pagi i dah makan 3 kali. sebelem sembahyang raya sepinggan nasi lemak bersama ayam goreng, then waku orang pergi solat raya mengudap boleh jadi sebalang dan after habis sembahyang makan ketupat 8 ketul, rendang 1 mangkuk kecil dan lontong mak yang sedap semamngkuk! kalo campur sukatan dirumah orang lain lagi? tidak ke berlebih-lebih sukatan?
  • makan bersantan, berlemak dan berminyak - ya betol, hampir semuanya dari nasi lemak, lontong hingga ke rendang, huuuuu
  • minuman manis berlebihan - air kosong amat jarang dihidangkan. dirumah sendiri pun minum teh atau kopi. kemudian sirap atau oren. kemudia rumah makcik-makcik pula air gas. so seharian overloaded gula. tak hairan laa jika pesakit kencing manis naik paras gulanya. ingat...nasi impit ketupat tu semua pon tukar jadi gula dalam badan.
  • kurang aktif - lepas makan duduk berbual atau bersatai depan TV. memang minimum gila aktiviti fizikal kan? So banyak tenaga masuk dan kurang tenaga keluar menyebabkan? pastinya pertambahan berat badan!
jadi, inilah punca utama mengapa lebihan 2.4 kg tu terjadi dalam tempoh seminggu ni. Nasib dah masuk kerja, so bole start jaga makan balik :) anyway nak ucap selamat hari raya buat semua yang mengenali i ^_^ maaf zahir batin :)





No comments: