May 30, 2012

Wajah Ibu-Ibu Proton Glenmarie


 Inilah wajah-wajah ibu Proton Glenmarie yang sentiasa ceria :)
May dan Eiza si penjual kereta yang sentiasa vouge :D






SEMBILAN PETUA daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab

SEMBILAN PETUA daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8.Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: "Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan."

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

May 24, 2012

Petua Untuk Menambahkan Susu Badan

Petua Untuk Menambahkan Susu Badan

Pilihan 1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Pilihan 2: Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari.

Pilihan 3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.

Pilihan 4: Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut.

Pilihan 5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda.

Pilihan 6: Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

Pilihan 7: Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman seperti cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lobak putih.

Pilihan 8: Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.

Pilihan 9: Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba.

Pilihan 10: Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

Pilihan 11: Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu, perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pilihan 12: Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang selalu.

Pilihan 13: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari.

Pilihan 14: Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling payudara anda di waktu pagi sebelum mandi.

Pilihan 15: Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari

Pilihan 16: Ambil 2 kelopak daun kobis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu semasa dalam pantang.

Pilihan 17: Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan air susu badan serta memekatkan susu ibu.

Pilihan 18: Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya bersama nasi.

Pilihan 18: Ambil petola, bayam dan daun turi . Masak lemak manis dan amalkan selalu sewaktu makan tengah hari.

Pilihan 19: Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

May 10, 2012

Cer Citer, Kalau Orang Maki, Apa Kita Buat?

Katakanlah ade orang maki or marah kita dengan mengunakan kata-kata yang kita rasa kurang sedap didengar dan bole menimbulkan amarah dalam hati kita, ape reaksi nak tunjuk? Perlu ke kita marah dia, tampar ke, tumbuk ke, atau balas makian dia kaw,kaw sampai rasa puas?  Hmm..... @_@

May 8, 2012

Weekend with The Kids :D

Apa kitorang buat di weekend Sabtu & Ahad terakhir bulan April 2012? Mari kita rewind......






On Sunday pulak bawa diorang tengok movie citer The Avengers. Pepagi dah kuar g Subang Parade. Tips untuk anda yang malas nak cari Parking and x mau banyak crowd bila bawa anak-anak tengok movie, bole laa pilih Subang Parade hehehehe :) And datang laa before jam 11.30 insyallah mudah segalanya and tak payah fenin2...

Nak komen sikit pasal filem Avengers nie: SANGAT BEST OK!! My kids love it! Perkara yang suka pasal citer nie adalah ianya Action Movie yang ada unsur humor. at least takde ler serious sangat. Antara part2 yang disukai: kesinisan Iron Man, bila Hulk selesai belasah penjahat dia pi pulak bagi penumbuk dekat si Thor, part Hulk baling2 si Loki and kata dia Dewa lembik (hahahaha) and bayak lagi part :)



On Saturday walaupon demam, namun gagahkan diri juga bawa anak2 lepak dekat Dataran Kemerdekaan Shah Alam (alaaa yang dekat dengan library shah alam yg lama tuuuu...). Bagi laa diorang beriadah sikit dari dok terperap jer kan, kesian pulak.... Anyway, abah dia slalu tak join... hummm bosan :(



May 6, 2012

Aku Tak suka Audit, Boleh?

Well, dalam kelam kabut menyetelkan segala document and proof  sebelum internal audit datang, otak jadi meeng skt. Sbb waktu nie laa nak setel assignment, nak settle ICC presentation! Mencik...

Akhinya, Jumaat semalam settle lah internal audit yang merangkap pesediann kepada VCA audit bulan June nanti.... Arghhh, janganlah Glenmarie branch terpilih. Tak suke... Jumlah NCR yg dperoleh adalah LAPAN! Kene jawab dalam masa dua minggu huhuhu....

Now, nak feninkan diri dengan kelas CBPA on 10&11 May and prepare ICC presentation pulak.... haishhhh :(