Salam blog.
Dalam kehidupan seharian, kita pasti tak lari dari gula. Tanpa
gula, tak manis rasa hari yang dilaluikan?
Sarapan pagi kalau tak makan, pasti kita minum. Bila tak
makan makanya kita minumlah air bergula untuk bagi tenaga katanya. Ada yang
minum milo, Nescafe, kopi atau pun teh. Semua mesti ada bubuh gula tambahan. Susah
nak jumpa yang minum kosong tanpa gula. Dalam milo dan Nescafe tanpa perlu
ditambah pon sudah ada gula siap sedia dari kilang.
Hmm, tak hairan jika makin ramai orang mengidap penyakit
kencing manis aka diabetes. Tapi perlu ingat juga, pesakit kencing manis aka
diabetes ni bukan aje kene kawal gula tambahan, yang paling penting tahu kawal
pengambilan karbohidrat. Itu kita cerita lain kali.
Kali ni nak cerita pasal berapa banyaK gula yang sihat untuk
diambil? Saya rasa tiada terma begini sebab adalah lebih sihat jika kita dapat
elak dari mengambil gula tambahan.
Menurut WHO, sejak 2002 jumlah pengambilan gula yang disarankan adalah
kurang 10% dari jumlah pengambilan
tenaga sehari. Terbaru ia juga mencadangkan bahawa pengambilan gula kurang 5%
dari jumlah keperluan tenaga sehari boleh memberikan manfaat tambahan. Untuk
orang yang BMI nya adalah normal, 5% pengambilan adalah lebih kurang 25 gram (6
sudu teh). (sumber: WHO sugar guideline proposal )
gambar: healthworks.my
Perlu diingatkan bahawa gula
tambahan ni bukan sahaja gula yang kita tambah sendiri dalam minuman kita. Gula
tambahan ni termasuklah gula dalam minuman yang kita minum di kedai dan café, gula dalam kek dan kuih, gula dalam jus botol dan yougurt.
Jadi penting laa untuk kita tahu berapa bayak agaknya gula dalam semua minuman
dan minuma yang kita ambil tu. Belajar membaca label nutrisi pon penting supa
kita boleh tahu berapa kandungan gula yang ada.
Terserempak dengan infografik di atas dari website healthworks.my tentang gula dalam minuman dikedai mamak. Jadi
renung-renungkanlah.
3 comments:
terima kasih share info ni.
itu la, dah terbiasa buat air mesti nak manis. kene kurang kan ni.. huhu..
suke blog akak.... bermanfaat...akak memang makan sihat ye? samelah kita pon...tapi kadang2 makan jugak santan2 ni...hihihi...salam kenal ye...
Slm knl. Tq dtg blog x sberapa ni :)
Post a Comment