December 10, 2012

Cara Menurunkan Berat Badan Secara Semulajadi

Ok, kita amat tidak berpuas hati dengan berat badan sekarang. Rasa sakit hati, sedih dan lemah bila ada masalah berat badan! Tapi kita malas nak mengadu pada mak, adik mahupun teman rapat.

Mengapa? Well, kita kan ambil bidang pemakanan dan kesihatan komuniti. sepatutnya kita yang menasihati orang. Sekarang kita pula nak mengadu masalah pada orang lain, hahahaha. Tapi... tak salahkan? Sebab mungkin orang lain ada tips yang bagus untuk kita manfaatkan.

Jadi di saat kita sedang alami masalah berat badan ni (58 kg taw!!!), eloklah rasanya kita buka kitab lama zaman belajar dulu hehehe. Sambil kita imbas kembali ilmu pengurusan berat badan, kita rasa bagus juga kita kongsikan bersama a.k.a mengabadikan dalam blog kita ni serba sedikit informasi berkenaan pengurusan berat badan dan cara penurunan berat badan.


dulu 44 kg, sekarang sudah 58kg!! aaarggghh!!!
Walaubagaimanapun, hari ini ini kita tidak bayak nak taip. Cuma kita sebenarnya dah mulakan proses untuk dapatkan berat badan ideal semula. Sudah mula dalam seminggu (ek eleh kecoh betul la kita ni kan, hahaha). Dan, buat masa ini kita stick to cara menurunkan berat badan secara semulajadi tanpa pil kurus or minuman fiber. Sebab apa? Sebab kita nie amat lah pelupa nak makan pil atau bancuh minuman hahaha. Mungkin prosesnya akan ambil masa, tapi kita percaya statement "slowly but surely". Ahakss...

Mari kita share sedikit apa yang kita dah mulakan dalam proses kita nak mencapai berat badan ideal semula. Pertama sekali kita KUATKAN MINDSET. Kita betul-betul gagahkan hati nak kuruskan badan. Kalau kita tak set halatuju minda kita untuk kuruskan badan, memang susah nak kurus secara semulajadi.

Untuk kuatkan mindset nie, kita kena tahu kenapa kita nak kurus? Apa alasan dan semangat yang membuatkan kita nak kuruskan badan? Kita mestilah berkeyakinan dan berdisiplin sepanjang tempoh menguruskan berat badan. Untuk mengukuhkan keinginan kita untuk kurus, kita perlu ada satu sebab mengapa kita tidak boleh gagal mencapai matlamat menurunkan berat badan kita. Misi ini tidak boleh gagal. Tidak boleh GAGAL taw. Kalau gagal? Isssshhh jangan cakap kalau... kita memang tak boleh gagal.

Jika rasa kita nak nak jayakan misi ini memerlukan satu reward apabila berjaya, maka ciptalah reward yang menyebabkan kita mesti perlu berjaya dalam misi ini. Tapi katalah reward tu macam saya nak makan pavlova bila dah berjaya kuruskan badan sebab dah 6 bulan tak makan pavlova, please jangan ok. Pilih reward yg lebih strong. Hurmmm, may be reward macam nie lebih bagus: laki saya takkan kahwin lain jika saya dah kurus a.k.a kalau saya tak kurus juga saya akan sign surat kebenaran poligami (wei apa ko merepek ni cik huda oiiiii). Hehehe acah aje ^_^

Ok lah, kita kongsi satu tips ni dulu untuk tips cara menurunkan berat badan secara semulajadi. Insyallah ada masa, kita share tips yang lain pula yea ^_^

5 comments:

Ira said...

Kita pun nk turunkan berat badan.. sebolehnya sblm kita pregnant kali ke 2. Sbb skg ni perut muncit, n org asik tegur, eh pregnant ke?? tension btl rsnya. Rajin2 update ye..

Unknown said...

semangat dan usaha tue yg penting ^^

hazanis said...

yeah. nice info. thanks. :))

Unknown said...

ira: insyallah pasti boleh. if u are normal weight, u should ensure your weight gan is around 10-15kg only. if more than you will have problem reducing or obtaining you old weight.

Unknown said...

oH kUrUS...

sEMANGAt ada TAPI kekuatan pulak hilang..adoiyay!!

Kena mindset betul2 ni klu nak kurus...

Nice Info. tq.