March 10, 2013

Siakap Goreng Dengan Sos Butter

Hari ni sampai rumah aje my hubby dah siap siangkan ikan siakap. Tak payah la me berkungfu dgn ikan macam semalam :)

Memandangkan semalam dah buat siakap kukus stim halia, baki seekor siakap ni me nak guna bahan yang masih ada di peti ais only. And guess what? Me ada butter and daun kari yang masih bersisa. Baik me lici kan semua bahan ni kan?

At last me come out with............... Siakap Goreng dengan Sos Mentega. Atau kita bagi gempak sikit------ >>> Fried Siakap with Creamy Butter Sauce. Yang penting caranya simple dan tak banyak bahan ^_^

So ini resepi sempoi yang me balun tgk dar youtube (tapi sumber lauknya bukanlah ikan siakap pon hahaha) utk buat menu Fried Siakap with Butter Sauce.

Bahan untuk menggoreng ikan:

Ikan siakap
Kunyit
Garam

Bahan untuk membuat sos:

Sedikit minyak masak
1 senduk mentega
6 biji bawah putih di potong dadu
1 biji bawang besar di potong dadu
10 biji cili padi
4 tangkai daun kari
1 tin susu cair
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung gandum

Cara-cara:
Goreng ikan siakap sampai garing dan ketepikan. Panaskan minyak masak then cairkan mentega. Tumis bawang putih sampai naik bau dan tumiskan pula bawang besar, daun kari dan cili padi. Campurkan setin sudu cair dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila dah gelegak, masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan kuah. Akhir sekali, tuang kuah di stas ikan siakap yang sudah sedia digoreng tadi.



3 comments:

nabila biela said...

sedapnye^^

wanie said...

Nampak macm sedap , boleh la nak cuba buat :)

Norzi Beautilicious House said...

nampak sangat la sedap... Norzi balas kunjungan ...

http://norzifoodilicioushouse.blogspot.com/2012/10/mee-jawa.html