July 6, 2014

SIHAT DAN KURUS DENGAN BERJALAN

"Research shows that walking 10,000 steps a day will significantly improve your health. Putting one foot in front of the other can build stamina, burn excess calories and give you a healthier heart." -nhs.uk


Kita dah selalu sangat dengar 10,000 langkah ni. Dekat taman tasik shah alam pon ada di pacak papan tanda berapa langkah perjalanan bila sampai satu check point.


Tapi kita pernah buat tak? Mcm saya....jarang atau hampir tidak secara sukarela; kecuali waktu kempen di tempat kerja. Biasalah waktu kempen kesihatan, apa jua tema pun...10,000 langkah ni antara program paling diminati oleh urusetia.


Tapi untuk orang yang rasa nak kuruskan badan taman senaman yang tegar boleh cuba kaedah berjalan 10,000 langkah ni. Jika tak dapat 10,000 dalam satu jam atau dua jam, dalam sehari pon dah cukup bagus sebab dapat menambah nilai dari aspek kesihatan kita.



BERJALAN PERGI TEMPAT KERJA


Saya terfikir tentang 10,000 langkah ni bagus juga saya aplikasi untuk ke tempat kerja saya hehe. Sebab jarak tempat kerja dalam 3 km je. Dulu waktu zaman belajar atau universiti, nak pergi sekolah atau kuliah sangat jauh. Tapi rileks jer jalan kaki. Sekarang ni nak keluar beli barang kat kedai runcit belakang rumah pun nak start motor or kereta. Kan?


Tapi, puratanya orang biasa berjalan dalam satu hari adalah sebanyak 3,000 langkah sahaja. Jadi untuk tambah nilai kesihatan kita, boleh tambah 500 langkah sehari sehingga mencecah 10,000. Bagi yang ingib kuruskan badan, jadikan 10,000 langkah sebagai alternatif senaman.


BERAPA JAUH JARAK 10,000 LANGKAH


Berapa kilometer perlu berjalan untuk dapat 10,000 langkah?

- from wikipedia: 8 km

- by formula: 

Jarak (km) 1 langkah perempuan 

=0.00000413 x tinggi (cm)

Jarak (km) 1 langkah lelaki

=0.00000415 x tinggi (cm)

= jarak 1 langkah dalam kilometer


Jadi 10,000 langkah

= jarak 1 langkah dalam kilometer x 10,000

= jumlah kilometer diperlukan


Contoh: Saya, perempuan, 150 cm


Jarak (km) 1 langkah

= 0.00000413 x 150 cm

= 0.0006195 km


Jarak (km) 10,000 langkah

= 0.0006195 km x 10,000

= 6.195 km


Jadi, jarak 10,000 langkah bagi setiap orang berbeza sebab ada yang langkah panjang dan ada yang pendek mengikut ketinggian masing-masing.


TIPS KURUS DENGAN HANYA BERJALAN


Berjalan pon boleh kurus sebab berjalan pon guna tenaga dan membakar kalori.


Berapa jumlah kita bakar ketika berjalan berbeza bagi setiap orang yang berlainan berat. Ok, tadi anggaran berjalan 10,000 langkah bersamaan 6.195 km, saya genapkan jadi 6 km. Anggaran untuk saya yang berat 55 kg dan seperti berikut:


Jika saya berjalan perlahan selama 60 minit dengan jarak 3 km atau 5,000 langkah; maka saya akan membakar lebih kurang 100-150 kcal.

*Ini untuk anggaran pemabakaran kalori pada julat berat 40 kg - 60 kg. Jika saya lebih berat dari ini, maka jumlah pembakaran lebih tinggi kerana beban tubuh lebih berat.


Namun, jika saya berjalan cepat selama 60 minit dengan jarak 6 km atau 10,000 langkah; maka saya akan membakar 240 kcal hingga 360 kcal.


Ya, berjalan nampak mudah tapi ramai malas nak lakukannya. Tapi mungkin kita boleh mula ubah ke arah gaya hidup sihat dengan mula berjalan semula.


Jika kita pergi kedai belakang rumah naik motor atau kereta, kita gantikan dengan berjalan. Kita luangkan masa dengan anak-anak beriadah di taman tasik contohnya dengan berjalan perlahan mengelilingi tasik pon jadilah.


Jom kita cuba!



No comments: