October 23, 2013

nikmati Chatime pada harga RM1

siapa peminat minuman chatime? adakah anda juga pengguna wechate? wechat + chatime = wechatime. jangan terlepas peluang beli minuman kegemaran anda hanya dengan RM1 sempena "wechatime 1 million cups celebration".



tawaran ekslusif ini hanya untuk tempoh terhad bermula dari 18-27 october 2013. jika anda ada wechat namun masih belum follow chatime, sila search chatime dan add sekarang to redeem. tapi jangan terus tekan redeem sbb offer tu valid untuk 60 minit once dah redeem. sampai di outlet baru klik redeem. 

harga RM1 itu sah untuk pembelian kedua minuman chatime. Minuman pertama adalah di caj pada harga biasa. selamat menikmati chatime kegemaran anda. My fevret is horlic choco with grassjelly and strawberry pudding :)




October 17, 2013

cash out 8share yang pertama

hehe malu nya selama ni baru first time nak cash out 8share. Tu pon minimum amaun rm50. Tapi dah bole cash tu kita cash kan aje la ek? Hihi, tq 8share :)


October 16, 2013

amalan murah rezeki

jika hendak murah rezeki dan dipermudahkan cuba amal:
Pagi
- Solat dhuha 4 rakaat
- Baca 1 ms Al-Quran

Petang
- Baca surah al-waqiah

Malam sblm tidur
- Solat Taubat
- Solat Istikharah
- Solat Hajat
- Baca 1 ms Al Quran
 

pakej facial dan spa murah hanya RM38

sejak beberapa hari ini me amat-amat merasakan diri ini memerlukan sesi perwatan wajah yang kian kusam dan urutan memanjakan tubuh yang lesu. jadi me mula berkira2 untuk mencari salun dan spa yang ingin dikunjungi.

selalunya me memang suka pergi Tini Spa kerana ianya dekat dan servis pon memuaskan bagi me. cuma untuk bulan nie bajet me ciput. and nak ajak teman mesti lah nak bajet juga kan? sebab me and teman bukanlah banyak ringgit sangat hihihi.

so untuk reliasasikan keinginan berfacial dan berurut cara bajet makanya me pon mula menggodek groupon dan livingsocial. ini adalah dua website favourite bila me nak cari sesuatu yang lebih murah dari harga biasa.



hasil godekan akhirnya me jumpa satu pakej facial berserta urutan dan scrub yang boleh tahan murah harganya. hanya RM38 untuk ketiga2 servis tersebut! lokasinya di danau kota dan nama salun nya adalah suri permai.

mengikut pengalaman me ekspress atau normal facial biasanya berharga dalam lingkungan RM40. jadi dengan harga yang ditawarkan groupon RM38 untuk facial, urut dan skrub adalah amat berbaloi dibeli. paling murah me pernah beli untuk pakej facial dan urut adalah RM55 di tini spa. ini me beli di livingsocial dan me amat puas hati sebab turut dapat voucer RM50.

ok ini informasi tentang pakej facial + urut + skrub yang me beli di groupon.

***********************************************************************************
About This Deal
Obvious signs of stress include wall-punching, dessert binging, and furious quarrels with imaginary friends. Today’s Groupon simmers down with a 135-minute pamper package consisting of a full body massage and facial from Suri Permai in Kuala Lumpur. Choose from:
  • Package for 1 person for RM38 instead of RM363
  • Package for 2 people for RM68 instead of RM726 (only RM34 per person)

Package includes
  • 45-minute full body massage
    - Uses lemongrass essential oil
  • 45-minute body scrub and mask
  • 45-minute facial
    - Cleansing
    - Scrub
    - Steam
    - Extraction
    - Face massage
    - Moisturising mask application
    - Moisturiser and sunblock application





Suri Permai

The contemporary decor of the parlour welcomes patrons into its therapy zone of softly-lit corridors, bright walls, wooden floors and batik-covered beds as the cascading mini water feature soothes eyes and minds. Ensconced in Taman Danau Kota and located near KL Festival City, Suri Permai provides various beauty services including nail treatments, post natal services, hair packages and more. Patrons are recommended to wear loose-fitting clothes for after-treatment comfort, preferably batik skirts to blend in with the beds.
Phone: 03-4143 1070 / 017-201 0919 (Call 10am – 7pm daily)
Facebook:
 suripermai 
Business registration number:
 76270-M





October 9, 2013

Peluang Menang RM20,000 dengan Kisahku Almera Contest

Jom nak ajak join satu peraduan yang sangat simple. Yang penting uols kene ada FB jer.  Sambil jawab 3 soalan kacang buncis  tu you layan video pendek yang menarik untuk dapat jawapan dalam tu! Senang gile laa!



Prizes:

1 x Grand Prize: RM 20,000 cash
1 x 1st runner up : RM 5,000 cash
1 x 2nd runner up : RM 3,000 cash
1 x 3rd runner up : RM 1,500 cash
7 x Consolation prizes : RM 500 cash

Untuk join lawati: The Star Online

Peraduan ini dibawakan oleh syarikat Edaran Tan Chong Motor dan The Start Media Group.

About Nissan Almera:The Nissan ALMERA is built on an all-new global “V” (versatile) platform which utilizes a lightweight yet rigid body. Powered by Nissan’s latest 1.5-liter HR15DE four-cylinder engine featuring Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) which offers excellent fuel efficiency as well as strong drivability.

ALMERA delivers a full complement of safety features such as front airbags, Anti-lock Braking System (ABS) with Electronic Brake-force Distribution (EBD) and Brake Assist, as well as ISOFIX Child Seat System. The Nissan ALMERA comes in 5 exciting colors; Bronze Gold, Sapphire Black, Twilight Grey, Tungsten.

October 8, 2013

Masalah Dalaman Wanita



Baby selalu bising gatal dibahagian alat sulit dan ada kesan keputihan yang tak berapa putih pada seluar dalam. Baby baru tujuh tahun jadi me memang sangat risau. So me try search dulu some info before goint to clinic tomorrow. Artikel dari utusan ni menarik sebab ada simptom untuk budak-budak. And juga untuk dewasa. So just to share.

Utusan Online


SAYA mengalami masalah gatal-gatal di kawasan faraj saya. Masalah gatal-gatal ini membuatkan saya tidak selesa untuk menjalani aktiviti harian saya. Bolehkah doktor terangkan apakah punca dan kesannya?. Terima kasih
Zura, Kedah

Jawapan
Mohon berjumpa dengan doktor seberapa segera untuk mendapatkan rawatan. Agak susah untuk saya mengagak dengan tepat masalah tersebut. Bagi merawat sesuatu penyakit, seseorang doktor perlu mengambil sejarah pesakit secara terperinci, melakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh dan seterusnya membuat tata cara penyiasatan yang tertentu.

Saya tahu kebanyakan wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau faraj (vagina). Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air kecil dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani masalah berkenaan. Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Pada kebiasaannya masalah gatal boleh disebabkan oleh jangkitan kandida pada faraj disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (candida albicans) yang ada dalam faraj. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan faraj wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada faraj.

Punca
Selalunya, bagi pesakit yang mengidap jangkitan itu hanya perlu mendapatkan rawatan sekali saja dengan melakukan ujian untuk dikaji di makmal seperti pap smear, terapi oral, vaginal pessari dan sapuan krim pada kulit yang mengalami jangkitan itu. Apa yang lebih penting, kedua-dua pasangan itu harus berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan sewajarnya. Masalah jangkitan oleh kandida dan trikomonas dimanisfestasi oleh gejala pengeluaran lendir yang berbau dari faraj, banyak, ada yang berkeladak dan berwarna kehijauan.

Ada juga penyebab lain yang menimbulkan masalah yang sama seperti mana yang dihadapi anda. Salah satunya adalah, infeksi cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis). Ia adalah suatu infeksi parasit yang terutama menyerang anak-anak, dimana cacing Enterobius vermicularis berkembang biak di dalam usus. 

Kebiasaannya ia menyebabkan rasa gatal yang hebat di sekitar anus, kurang tidur (biasanya kerana rasa gatal yang timbul pada malam hari ketika cacing betina dewasa bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana), rasa gatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi infeksi (akibat kerap menggaru). Infeksi cacing kremi dapat disembuhkan melalui pemberian ubat anti-parasit seperti mebendazole, albendazole atau pirantel pamoat. Seluruh anggota keluarga dalam satu rumah harus mengambil ubat tersebut kerana infeksi berulang boleh menyebar dari satu orang kepada yang lainnya. Untuk mengurangi rasa gatal, boleh disapukan krim anti gatal ke kawasan sekitar anus (dubur) sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

Penyakit lain yang boleh menimbulkan gejala gatal pada luar faraj adalah penyakit scabies atau dikenali juga sebagai kudis buta. Scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini. Organ utama yang terlibat adalah kulit iaitu hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini menyebabkan tindak balas alergi berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Kesan utama apabila terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan mengelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.

Rawatan
Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk 3 malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Kebersihan kemaluan ditingkatkan dengan membersihkan menggunakan air bersih, pemakaian pakaian dalam yang tidak ketat dan dibuat dari bahan kain kapas. Hindarkan pemakaian sabun, haruman pada faraj (vagina), serta jenis ubat-ubatan yang dapat mengiritasi permukaan kemaluan. Pilihlah sabun bayi dan bukan sabun wangi apalagi deterjen. Saya harap usah malu dan janganlah melengah-lengahkan untuk mendapat perawatan. Berjumpalah dengan Doktor dan rawatan yang terbaik dapat diberikan.