HmmM lepas raya terus pokai dan ketandusan duit... mana nak cari duit lagi... komitmen kewangan pula bertambah... hmmm.. hmmm...
Then terbaca artikel Irfan Khairi tentang 'lari bajet lepas raya':
".....Pada hari raya ke-3 saya menjalankan segmen motivasi saya di TV1, Hujung Minggu Malaysia bertajuk “Bangun Semula Selepas Raya” yang membincangkan bagaimana hendak mengurus semula kewangan kita sekiranya “ter” lari budget ketika raya. (Jangan lupa menonton segmen saya setiap Ahad)
Hanya 2 cara sahaja yang kita boleh lakukan untuk stabilkan kewangan kita. iaitu:
* Tambahkan simpanan (berjimat)
* Tambahkan pendapatan
Untuk tambahkan simpanan atau berjimat, satu formula yang dikenali sebagai “Solusi 60%” boleh digunakan. Solusi 60% bermaksud:
1. 60% dari pendapatan kita adalah untuk keperluan bulanan seperti membayar kereta, rumah, bill, makan minum dan sebagainya.
2. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka panjang
3. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka pendek
4. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan hari tua/pencen.
5. 10% dari pendapatan adalah untuk hiburan / perbelanjaan am
Selepas raya, sekiranya terdapat masalah yang sering dialami seperti penggunaan kad kredit meningkat, maka, perlu dilakukan simpanan kecemasan.Iaitu, masih menggunakan formula di atas, tetapi, ubahkan (3) & (4) iaitu simpanan jangka pendek dan simpanan hari tua kepada pembayaran kad kredit buat sementara waktu
Dengan menggunakan solusi 60% ini, ia menjadi satu panduan untuk kita tambahkan simpanan kita dan kurangkan perbelanjaan secara terancang.
Sekiranya tiada ruang untuk kita menggunakan Solusi 60%, dan tiada ruang untuk kita menambahkan simpanan kita, maka, pilihan seterusnya adalah menambahkan pendapatan kita...." - from www.irfankhairi.com
Jadi kalu dalam situasi aku skang nie kira cemana?? (aku kira campur gaji kitorang laki bini laaa)
1. 60% dari pendapatan kita adalah untuk keperluan bulanan seperti membayar kereta, rumah, bill, makan minum dan sebagainya. - 97.5%
2. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka panjang - hmm???
3. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka pendek - hmm??
4. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan hari tua/pencen. -hmm??
5. 10% dari pendapatan adalah untuk hiburan / perbelanjaan am - none
So cemana niw..... huwaaaa... takkan nak jual semua harta mende aku nie...hmmmm
No comments:
Post a Comment