November 3, 2013

jjcm: arabian food di raudah cafe, seri kembangan

boss belanja lagi. yeay! semoga murah rezeki boss senantiasa.

kali ini kami dibawa ke seri kembangan untuk menikmati nasi arab. Lokasi kedai raudah cafe adalah di pusat bandar putra permai bersebelahan taman equine dan berdepan pasar borong selangor, seri kembangan.

kedainya   bersaiz sederhana menyajikan menu makanan arab yang biasa dan simple untuk para pengunjung. jadi, kita tidaklah pening nak pilih menu apa. cuma pilih samada nak makan lauk ayam, kambing, ikan atau sotong. 

senarai menu di raudah cafe adalah seperti berikut:


terdapat juga menu keluarga sebagai pilihan yang menyajikan menu lauk kombinasi sesuai untuk empat orang makan. jadi dapat jimat sedikit wang dan mengurangkan risiko pembaziran jika ada ahli keluarga yang makan sikit.


memandangkan kami 7 orang, jadi kami memilih dua hidangan set keluarga yang mengandungi lamb kabshah, chicken kabshah dan roasted chicken. sedulang set famili hanya rm52 sahaja.


set keluarga juga disertakan dengan 1 jug air, pilih antara teh atau sirap bandung. kami pilih teh arab yang lebih menyegarkan mata agar tidak layu selepas makan hehe... 



itu sahaja perkongsian pada hari ini ^_^ ini gambar gen opis yang sedang menunggu makanan tiba. semua perut dah berkeroncong hihi...





licin licau gen perempuan makan. nasib tak hancur tulang kambing dan ayam kena kekoh... lapar benor ni dari glenmarie tahan lapar nak makan dekat seri kembangan