July 23, 2014

KERJA SEHARI, GAJI SEBULAN!!

Salam blog. 

Semalam gaji baru masuk. Wow, seronok sungguh rasa dihati. Bayangkan kerja sehari boleh dapat gaji sebulan. Tapi setakat ni, angan-angan tu masih dalam mimpi saya :(

Kadang-kadang rasa sedih juga. Bukan tak bersyukur dapat gaji. Cuma sedih. Kerja selama sebulan dan bila gaji akaun masuk automatik duit gaji akan tinggal 10% dalam bank. Dengan berbaki 10% itulah saya gunakan untuk meneruskan kerja selama 30 hari lagi.



Di zaman yang canggih serba serbi ada jalur lebar ni, kita pindah duit sana sini di hujung jari je kan, Tak sempat pon nak pegang 100% duit tu dalam tangan. Walaupun, ada baki 10% (terpaksa la tinggalkan, kalau tak... nak makan apa kan huhuhu), sebenarnya masih banyak lagi komitmen yang tidak tertunai. So yang lain tu carry forward dulu tunggu dapat duit terpijak atau tunggu bonus atau tunggu dividen ASB.

Komitmen setiap bulan kalau ikutkan macam ni......

ANSURAN KERETA - RM 800
PETROL - RM 500
ASB - RM 850
DIGI - RM 150
RUMAH - RM 800
BARANG DAPUR - RM 400
NURSERI - RM 300
BELANJA SEKOLAH ANAK - RM 300
UNIFI - RM 200
DUIT POKET SAYA - RM 300

JUMLAH KOMITMEN = RM 4,600
GAJI = LEBIH KURANG SEPARUH DARI KOMITMEN
DUIT SAMPINGAN = LEBIH KURANG RM300

Gaji yang ada memang tak cukup. Saya pon dah tak tahu nak ukur badan macam mana lagi untuk berbelanja. Banyak dah berjimat cermat. Atau saya tak cukup jimat lagi tak tahu laaa. 

Baju baru untuk diri sendiri dan anak-anak last beli hampir setengah tahun lalu. Tapi memandangkan hujung minggu ni raya, saya akan beli juga la baju raya untuk mereka. Bagi anak-anak gembira sikit kan. Syukur bulan ni ada sedikit rezeki orang beli kereta baru. Boleh la sebagai duit sampingan :)

Saya harap Allah beri ketabahan dan rezeki yang melimpah ruah untuk saya di masa akan datang. Eh, baru teringat yang duit raya tak tukar lagi ^_^ Sempat lagi ke?

3 comments:

Ira said...

Assalamualaikum Eon,

Betul tu, zaman skg ni, mmg skejap je duit mengalir. Sedar x sedar, da tggl sikit kan?

Erm.. dpd senarai yg eon buat tu, rasanya boleh dipertimbangkan lagi utk dijimatkan(skema lak ayat aku).
Sorry kalau ira ni sibuk je.. hanya sekadar bg pendapat.

Contohnya:
ASB - RM 850(if simpanan yg dibuat melalui cash, ia bagus. Tapi kalau installment yg kene byr kat bank utk simpanan asb, rasanya perlu fikirkan utk terminate)

DIGI - RM 150 (mgkn ini bill telefon, blh tukar provider lain yg chargenye lebih murah, sbb kdg2 bill kita beratus, kita x tau apa yg kita pakai, sedangkan kita buat call sikit je, bimbang klu ada charge tersembunyi yg kita kene byr)

UNIFI - RM 200 (yg ni, klu betul2 perlu br subscribe. klu tanpanya kita masih boleh hidup happy, blh terminate. tp klu ada biz or mmg perlu, xpe la kan)

yang lain2 tu, kalau da fix, camne nk jimatkan. Petrol tu, klu ada option public trasport atau naik motor, blh jimat jugak :)

ok la, pnjg plak komen aku.. :)
selamat hari raya, maaf zahir dan batin

Huda Maisa said...

Ira, tq bg cadangan. Mmmg eon nak terminate unifi x lama lg. buat masa ni ank still guna unifi. asb loan tu wat masa ni mmg xdpt terminate sbb baru lg. tp kalo yong terminate pon yong mmg xde saving lansung. bil digi takat ni yg plg murah. tp x try lagi umobile.

buat masa ni eon cuba bertahan dulu dgn komitmen ini.myb next year yong just repay balik duit asb loan guna dividen. ada laa sikit baki dividen yg yong bole gunakan di situ.

anyway now yong da kje kat luar bandar, harap dpt save sikit banding dok kl dulu :)

Ira said...

asb loan tu kalau da 1 year, blh terminate. dlu ira penah buat jgk, lps tu ira terminate. sbbnye bila terdesak, ira takde tempat nk korek.
klu company blh buat potongan gaji utk msk asb, lg bagus. so duit da siap2 ptg sblm dpt kat kita.

umobile ira da pakai da. amik pakej yg rm28 utk internet, ira tmbh utk call rm8 kalau x silap. so far alhamdulillah, bil plg bnyk pun rm50.

keje kat luar bandar jimat skit kan compare keje kat bandar ni. ira ni mujur la naik lrt, klu naik kete, mau la beratus jgk utk petrol.

all the best ye :) smga dimurahkan rezeki yong sekeluarga..