July 23, 2014

SUKATAN JUMLAH GULA YANG SIHAT

Salam blog.

Dalam kehidupan seharian, kita pasti tak lari dari gula. Tanpa gula, tak manis rasa hari yang dilaluikan?

Sarapan pagi kalau tak makan, pasti kita minum. Bila tak makan makanya kita minumlah air bergula untuk bagi tenaga katanya. Ada yang minum milo, Nescafe, kopi atau pun teh. Semua mesti ada bubuh gula tambahan. Susah nak jumpa yang minum kosong tanpa gula. Dalam milo dan Nescafe tanpa perlu ditambah pon sudah ada gula siap sedia dari kilang.

Hmm, tak hairan jika makin ramai orang mengidap penyakit kencing manis aka diabetes. Tapi perlu ingat juga, pesakit kencing manis aka diabetes ni bukan aje kene kawal gula tambahan, yang paling penting tahu kawal pengambilan karbohidrat. Itu kita cerita lain kali.

Kali ni nak cerita pasal berapa banyaK gula yang sihat untuk diambil? Saya rasa tiada terma begini sebab adalah lebih sihat jika kita dapat elak dari mengambil gula tambahan.

Menurut WHO, sejak  2002 jumlah pengambilan gula yang disarankan adalah kurang  10% dari jumlah pengambilan tenaga sehari. Terbaru ia juga mencadangkan bahawa pengambilan gula kurang 5% dari jumlah keperluan tenaga sehari boleh memberikan manfaat tambahan. Untuk orang yang BMI nya adalah normal, 5% pengambilan adalah lebih kurang 25 gram (6 sudu teh). (sumber: WHO sugar guideline proposal )



Perlu diingatkan bahawa gula tambahan ni bukan sahaja gula yang kita tambah sendiri dalam minuman kita. Gula tambahan ni termasuklah gula dalam minuman yang kita minum di kedai  dan cafĂ©, gula dalam kek  dan kuih, gula dalam jus botol dan yougurt. Jadi penting laa untuk kita tahu berapa bayak agaknya gula dalam semua minuman dan minuma yang kita ambil tu. Belajar membaca label nutrisi pon penting supa kita boleh tahu berapa kandungan gula yang ada.


Terserempak dengan infografik di atas dari website healthworks.my tentang gula dalam minuman dikedai mamak. Jadi renung-renungkanlah.

3 comments:

Ira said...

terima kasih share info ni.
itu la, dah terbiasa buat air mesti nak manis. kene kurang kan ni.. huhu..

Siti Aisya Ibrahim said...

suke blog akak.... bermanfaat...akak memang makan sihat ye? samelah kita pon...tapi kadang2 makan jugak santan2 ni...hihihi...salam kenal ye...

Unknown said...

Slm knl. Tq dtg blog x sberapa ni :)