July 17, 2014

KALORI NESTLE BLISS LOW FAT

Salam. Suka tak minum air yougurt? Saya memang suka sangat ^_^

Hari ini saya nak share tentang nutrition facts bagi minuman kultur Nestle Bliss Rendah Lemak. Jom kita tengok nilai pemakanan untuk sebotol kecil minuman ini...




NESTLE BLISS RENDAH LEMAK (200 GM)
Kalori : 94 kcal
Lemak : 0.8 g
Kolesterol : 4 mg
Protien : 1.2 g
Karbohidrat : 20 g (Gula: 18 g)
Natrium / Sodium: 74 mg

Kalori dari minuman ini banyak disumbangkan oleh karbohidrat. Namun, jika diperhatikan 18 g dari 20 g karbohidrat adalah gula (sukros, fruktos dan laktos). Untuk makluman, 1 pertukaran karbohidrat adalah bersamaan dengan 15 g karbohidrat. Bagi orang yang ada kencing manis perlu ingat bahawa minuman ini perlu dimasukkan ke dalam pertukaran karbohidrat anda sehari. Yang tiada kencing manis pon perlu jaga, sebab gula merupakan kategori kalori sia-sia :)

Tahukah anda?

1 pertukaran karbohidrat = 15 g karbohidrat
1 senduk nasi =  3 keping biskut = 1 keping roti = 1 botol kecil Nestle Bliss Low Fat = 15 g karbohidrat

Agak-agak berapa banyak gula yang boleh kita ambil sehari? Kita cerita dalam post akan datang yea :)

No comments: