August 25, 2014

OAT MEMBANTU MENAMBAH SUSU IBU (RESEPI BUBUR OAT AYAM)

salam. lately amat busy. so tak sempat nak jengah blog sangat.

kebetulan minggu ini ada sambutan minggu penyusuaan susu ibu di klinik. jadi agak bz dgn persiapan majlis kecil-kecilan itu. walaupun kecil tapi berharga buat ibu di kawasan kampung Pantai Remis, Perak. banyak perkara yang akan di kongsi bersama ibu-ibu yang hadir.



antaranya tips untuk ibu menyusu yang mengatakan stok susu mereka kurang. sebenarnya the most important tips adalah ibu mesti menyusu atau mengepam dengan kerap (antara 2-3 jam). Atau jika tak sampai 2-3 jam baby dah menunjukkan tanda-tanda feeding cues, ibu terus bagi je susu.

teknik ini memang berkesan untuk menambah air susu. memang ibu akan penat sebab baby kerap sangat minta, tapi ianya berbaloi. jika baby tak minta dalam 2-3 jam, ibu boleh kejutkan baby and berikan susu. jika susu berlebihan, ibu boleh pam dan simpan untuk kegunaan kemudian hari.

pada masa yang sama, saya juga akan berkongsi dengan ibu makanan yang boleh membantu perbanyakkan susu ibu. tapi amalan pemkanan ini haruslah berserta penyusuan dan pumping yang kerap juga. jika tidak sia-sia aje. okay mari saya share salah satu resepi yang boleh membantu para ibu menambah air susu iaitu semangkuk bubur oat ayam :)


sumber resepi dan gambar: klik sini


Resepi Bubur Oat Dengan Ayam

Bahan-bahan:

  • 1 cawan /90 g Quaker Quick Cook Oats (atau sebarang jenama)
  • 100g isi ayam, dihiris halus
  • ½ tsp. minyak bijan, (jika mahu)
  • 1 tsp. kicap soya cair
  • Secubit lada sulah
  • ½ cawan (100 g) beras, dibasuh dan direndam selama 30 minit
  • 1 litre air
  • 1 tbsp. minyak masak
  • Halia, dikisar halus
  • 2 cendawan kering, direndam, basuh dan dihiris
  • 1 batang karot (kecil), dipotong dadu
Cara Penyediaan:
  • Gaul ayam dengan minyak bijan, kicap soya cair dan lada sulah. Ketepikan.
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan halia, cendawan dan ayam. Kacau 2-3 minit. Masukkan oat, beras (jika mahu), air dan karot
  • Masak selama 30 minit sehingga bubur menjadi lembut dan empuk. Jika terlalu pekat dan kering, tambahkan sedikit air panas secukupnya. Tabur garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Dihidang bersama minyak bijan dan kicap soya cair. Taburkan bawang goring, udang kering dan hirisan cili untuk pelengkap.


August 11, 2014

PENGAMBILAN GARAM YANG DISARANKAN UNTUK TEKANAN DARAH TINGGI

Ada yang bertanya saya macam mana nak kurangkan tekanan darah tinggi. Kebetulan ibunya didapati mempunyai tekanan darah yang tinggi dari normal. Antara amalan yang dapat membantu mengatasi masalah tekanan darah tinggi adalah dengan makan secara sihat, meningkatkan aktiviti fizikal dan menjaga kestabilan emosi.

Hari ini saya nak kongsikan tentang pengambilan garam. Untuk makluman, pengambilan garam kurang 2,300 mg bermanfaat utk mencegah tekanan darah tinggi. Bagi yang memang sudah bermasalah darah tinggi, kurangkan pengambilan garam di bawah 1,500 mg bagi membantu mengurangkan masalah. 

Makanan semulajadi yang tidak terproses biasanya kurang kandungan garam. Garam biasanya terdapat tinggi dalam makanan berproses. Berapakah agaknya kandungan garam dalam makanan seharian kita?

Source: http://www.nhlbi.nih.gov/files/docs/public/heart/new_dash.pdf

August 10, 2014

KUAH KACANG SEGERA, NASI IMPIT REBUS

Sekarang ni tengah musim rumah terbuka. Bestnya dapat jalan beraya rumah saudara-mara dan rakan-taulan sambil merapatkan ukhwah dan menambah berat badan.

Tapi saya tak dapat nak join aktiviti bertandang rumah terbuka selepas kembali bekerja. Hanya dapat baca dan mencemburui post rakan semua.

Ok, sebenarnya takde ape sangat nak cerita. Cuma saya masih rindukan kuah kacang dan nasi impit. Buat masa ni setelah balik bekerja dah seminggu tak pekena kuah kacang dan nasi impit.

Jadinya, untuk memuaskan nafsu makan saya hari ini.... Saya buat laa nasi impit dan kuah kacang. Cewah... Bukan buat, cuma tinggal rebus je hihi. Kuah kacang pula hanya perlu tuang air panas. Senang sungguh.

Actually saya tak reti buat kuah kacang. Nasib ada kuah kacang segera beli dengan orang kampung di sini. Sekilo gram serbuk kuah kacang dijual dengan harga RM14. Tak tahulah murah ke mahal. Asal rasanya sama mcm kuah kacang okay la tu kan? Nadi impit macam biasa beli ketupat mini Nona :)


Adanya barng segera macam ni mudah sangat kalau saya sendiri nak buat open house ye tak? Rebus ketupat mini nona dan siram air panas je serbuk kuah kacang. Tadaaa, jadilah menu seharian saya hati ini. Ambik kaw, satu hari dapat makan ni :)

August 4, 2014

RAHSIA MENGAPA BERAT NAIK MENDADAK SELEPAS RAYA

Selepas 7 hari menyambut hari raya aidil fitri bersama bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hari ini i kembali semula bekerja. Memang monday blues sangat! Mood rendang, ketupat, lemang dan kuih raya tak hilang lagi.

Seperti biasa bila dah kembali bekerja, perkara nombor satu i nak tengok adalah berat badan terkini, hehe. al-maklumlah, dah bersusah payah turun selaa 30 hari yang lalu nak tahu juga impak ketupat, rendang dan lemang  terhadap kenaikan berat badan selama 7 hari ni.

Naik je atas penimbang dan mata pun dibuka. Wah, berat naik 2.4 kg dalam seminggu. Kalo 30 hari beraya bole naik 10 kg ni! Puasa 30 hari turun 5 kg, raya 30 hari naik dua kali ganda! Oh tidak, mengapa ini terjadi??

Jom kita lihat 5 RAHSIA yang menjadi penyebab utama kenaikan berat badan i sepanjang 7 hari beraya:


  • makan sepanjang hari, dari pagi sampai malam - dush! mana tak naik kan. hari pertama raya sebelum orang pergi sembahyang raya dah breakfast nasi lemak kaw punya from my mom. then sementara tunggu orang habis sembahyang makan kuih raya. Orang balik sembahyang makan lagi dengan keluarga ketupat, lemang and rendang. dah settle di rumah, kami bersiap pergi rumah nenek, maklong, mak ngah, pak lang, mak uda dan mak usu. haa, setiap rumah konfirm makan kuih raya, minum air manis, makan rendang, nasi impit belum ditambah dengan menu special seperti lontong, soto, bihun sup, nasi lemak, nasi kerabu dan banyak lagi... sikiit-sikit kita makan untuk setiap rumah, lama jadi bukit dalam perut ni hahaha... ok, tentatif makan berlansung selama seminggu sebab rumah saudara mara and kawan kan ramai. kebetulan ambil cuti seminggu kan...
  • makan tak ikut sukatan yang sesuai untuk satu hidangan - ok yang ni memang sukar i nak amalkan. sebab i nak ambil hati tuan rumah so i kene laa makan juga. memang i ambil sikit-sikit tapi jika dikumpul dalam pinggan bole jadi membukit. contoh rumah mak i je on hari pertama raya sebelah pagi i dah makan 3 kali. sebelem sembahyang raya sepinggan nasi lemak bersama ayam goreng, then waku orang pergi solat raya mengudap boleh jadi sebalang dan after habis sembahyang makan ketupat 8 ketul, rendang 1 mangkuk kecil dan lontong mak yang sedap semamngkuk! kalo campur sukatan dirumah orang lain lagi? tidak ke berlebih-lebih sukatan?
  • makan bersantan, berlemak dan berminyak - ya betol, hampir semuanya dari nasi lemak, lontong hingga ke rendang, huuuuu
  • minuman manis berlebihan - air kosong amat jarang dihidangkan. dirumah sendiri pun minum teh atau kopi. kemudian sirap atau oren. kemudia rumah makcik-makcik pula air gas. so seharian overloaded gula. tak hairan laa jika pesakit kencing manis naik paras gulanya. ingat...nasi impit ketupat tu semua pon tukar jadi gula dalam badan.
  • kurang aktif - lepas makan duduk berbual atau bersatai depan TV. memang minimum gila aktiviti fizikal kan? So banyak tenaga masuk dan kurang tenaga keluar menyebabkan? pastinya pertambahan berat badan!
jadi, inilah punca utama mengapa lebihan 2.4 kg tu terjadi dalam tempoh seminggu ni. Nasib dah masuk kerja, so bole start jaga makan balik :) anyway nak ucap selamat hari raya buat semua yang mengenali i ^_^ maaf zahir batin :)