March 10, 2013

Tony Romas Setia City Mall - Mengecewakan

Awal bulan hari tu, me belanja mylove makan dan tengok wayang sempena birthday nya. So, kami semua pergi ke Setia City Mall untuk kali pertama.

Nasib baik senang nak parking and tak begitu crowded kat sini. Me pilih untuk belanja mylive di sini sebab nak gunakan Groupon voucher Tony Romas yang telah me beli beberapa minggu lepas. Me bukan nya banyak duit so kena la ambil kesempatan bila ada diskaun cenggino kan?

Tapi pengalaman me di Tony Romas Setia City Mall tidak berapa best. Sebab servis dan makanan yang me terima tidak up to the standard by me. Bukanlah nak standard mana pun yang me harapkan tapi memang agak mengecewakan me.

Perkara pertama yang tak best ialah servis lambat sangat. Selepas amik oder dan voucher, me terpaksa tunggu lama sangat. Yelah, mungkin me pakai bocher kowt, tu pasal slow ke? Tapi me ada kuga menu yang tiada dalam voucher. Yang me paling tak puas hati terpaksa tunggu hampir 30 minit untuk mereka buat air. Latte and hot chocolate maybe susah la mk sukat-sukat. Air kosong pon lambat juga. Susah ke nak buat air kosong?

Kedua, air panas yang me order tu tak panas! Apehal? Tapi sebab tekak dah haus minum aje laa.

Ketiga, dah laa main course sampai lambat giler sampsi me siap termenung dan berangan-angan dengan mylove. Bila sampai, me dapati makanan tak lanas tapi suam-suam kuku aje! Me malas nak kompelin nanti satu jam lahi pulak baru bole makan. So, we all semua telan sje sebab dah kebulur.

Anyway, the good thing is menu set voucher Tony Romas yang dibeli dari Groupon ni memang besar portionnya. Me hanya beli dua set kongsi dengan anak-anak dan mylove pon banyak yang berlebih. Chicken tenders pon tak terusik. Bab ni memang bagus dan berbaloi. Cuma me harap bab servis dan kualiti hidangan di Tony Romas Setia City Mall kene perbaiki lagi. Just my2cents :)









1 comment:

Mia Liana said...

alahai... happy hour with family... so sweet...