memandangkan selesema baru peringkat permulaan, saya hanya mengamalkan beberapa petua yang selalunya berkesan untuk mencegah selesema dari berlanjutan. alhamdulillah, selepas dua hari selesema semakin pulih dan tak menjadi teruk. kalau isnin saya datang dengan sok-sek selesama pastinya tak selesa and susah nak bernafas bila hidung tersumbat.
antara tips mudah atasi selesema adalah:
- minumlah banyak air - padapermulaan tanda selesema minumlah air kosong lebih dari biasa. jika selalu minum 2 liter, bila selesema minumlah 3 liter. tapi jika bosan boleh juga gantikan dengan jus oren, teh hijau atau minuman isotonik. nikmatilah secaa bebas gula yang sebaiknya. jus oren kaya dengan vitamin c membantu meningkat imun badan. teh hijau pula sumer antioksidan dan minuman isotonik dapat membantu memulih eloktrolit dalam badan.
- tidurlah dengan cukup - dengan tidur tubuh mendapat rehat yang sepatutnya. bagi orang dewasa tidurlah antara 10-11 jam berbanding biasa hanya 8 jam
- bersihkan diri - jangan malas mandi. cuba mandi dengan air suam dan sentiasa bersihkan tangan seelepas bersin. ini memang penting untuk mengelakkan virus flu berpindah pada orang lain
- minum minuman panas - seperti teh o atau teh hijau yang panas dapat serba sedikit melegakan selesema dari berterusan. jangan minum ais ia akan melanjutkan lagi tempoh selesema.
- kurangkan makanan segera dan bergula - ambilmakanan yang sihat dan seimbang agar tubuh badan mendapat nutrisi yang secukupnya
No comments:
Post a Comment