May 30, 2014

Pemakanan Ibu Hamil

Semalam keje jalan2 cari makan. Hehe tak yg sbenarnya jalan2 bagi org makan kot baru betul.

Kali ini team di KD Panchor memberikan pendidikan pemakanan sihat untuk ibu hamil dan demo masakan untuk makanan kanak2.



Pendidikan pemakanan ibu hamil seperti biasa sama je cara penyampaian seperti di klinik lain. Makanan yang perlu dimakan seharian dipamerkan kepada ibubapa. 

Jururawat bertugas, JM Azlina memperkenalkan piramid makanan dan fungsi setiap kumpulan makanan. Kemudian, beliau beralih kepada pameran makanan satu hari untuk ibu hamil yang semuanya adalah sebanyak 6x sesi makan.



Ketika hamil, ibu yang digalakkan mengambil lebih kalori mengikut trimester. Namun, jika ibu hamil yang sudah sedia berlebihan berat badan atay kekurangan berat badan, cara pengambilan makanan adalah sedikit berbeza dengan ibu yang berat normal ya!



Tapi saya perhatikan makanan yang dipertontonkan kepada ibu hamil semalam agak kurang sesuai. Hidangan nasinya seperti agak berlebihan sukatan dan saya khuatir akan menimbulkan masalah kegemukan ataupun masalah kesihatan lain akibat makan berlebihan. 



Walaubagaimana pun, jika ibu yang kurang berat bolehlah ambil seperti menu ini agar dapat membantu pertambahan berat badan yang bersesuaian. Bagi kategori normal dan berlebihan berat menu ini perlu diubah suai sedikit sukatannya.

Bagi, sesi demo masakan untuk kanak2, team di KD Panchor memasak makanan yang pastinya digemari anak2. Sangat sedap dan berkhasiat. Malah bagus untuk kanak2 yang kekurangan berat badan. Nanti saya share kemudian ^_^

May 27, 2014

Misi Diet: Tipah Jangan Tertipu - Kurus Tapi Gemuk?

Okay saya dah check berat, bmi dan ukur lilit pinggang.


Ramai yang cakap saya tak gemuk buat apa nak kuruskan badan lagi. Nanti nampak kurus sangat. Tapi saya memang amat perlu menurunkan sedikit berat badan saya atau yang sebenarnya membakar lemak kerana:

1. BMI saya ialah 24.4 kg/m2. Lagi sikit nak ke overweight. Overweight akan meningkatkan risiko penyakit kronik.

2. Saya dapati ukur lilit pinggang saya ialah 81.5 cm. Hah, ini mmg lebih. Saya mmg dah masuk kategori tidak normal dan berisiko untuk penyakit kronik.




Saya rasa ramai kawan2 yg kata saya tak nampak gemuk sbb lemak tu duduk di bahagian perut dan tersembunyi disebalik baju yang longgar. Tapi lemak dibahagian itulah yang paling saya risau sbb berhampiran dengan organ penting kita. Saya lagi takut sbb saya mmg tak jaga makan and love eating!


Saya harap saya dijauhkan dari risiko penyakit. Usia masih muda dan masa mudalah kita kene cegah. Loose weight to be healthy. That's what important.


Esok insyallah saya nak check darah pula untuk dapatkan status kesihatan terkini.  Let's support each other to make this world a health living place <3 <3

May 26, 2014

nugget riangria untuk anak kekurangan berat badan

Saya selalu didatangi oleh ibubapa yang mengalami anak-anak bermasalah kurang berat badan. Seperti yang kita tahu, jika terlebih kalori hasilnya boleh menggemukkan.

Jadi jika anak kurang berat berat maka kenalah tambah kalori dalam makanan mereka. Macam mana nak tambah kalori dalam makanan anak-anak?

Anak-anak yang berumur 1 - 6 tahun yang jenis kurang selera makan dan terlalu aktif mungkin berat badannya tidak mahu naik. Dan lebih teruk lagi jatuh pada zon merah iaitu kekurangan berat badan yang teruk. Ini boleh menjadi petunjuk yang anak kita mungkin kekurangan zat makanan.

Masalahnya kanak-kanak kecik sukar untuk makan kuantiti yang banyak. Kalau dipaksa boleh muntah pula anak kita. Jadi cuba menu yang tinggi kalori dengan menambahkan makanan tertentu bersama minyak, mentega, marjerin atau menggunakan teknik gorengan atau bakar.

Tapi walaupun kita nak lebihkan kalori, pastikan juga anak kita menerima makanan dari kategori berkhasiat. Saya nak berkongsi resepi nugget riangria yang saya dapatkan dari Kemas ketika program demo masakan kepada ibubapa kanak-kanak tabika bulan lepas.

Resepi nugget ini boleh dihasilkan sendiri di rumah dan berkhasiat disamping dapat membekalkan kalori kepada anak yang makan. 

Resepi Nugget Riangria
Anggaran perbelanjaan hanya RM16 sahaja dan sesuai untuk hidangan 10 orang kanak-kanak.
300 g isi ayam (1 cawan)
100 g kentanh (2 biji)
1 batang lobak merah - saiz kecil
1 biji bawang besar
1/4 cawan lada sulah
1 camca daun bawang
1 camca daun sup
1 biji telur
1 cawan serbuk roti / biskut cracker ( untuk salut nugget)
Sedikit minyak masak
Sedikit bawang putih
Sedikit halia
Tepung gandum secukupnya

Cara-cara:
1. bersihkan ayam dan kisar halus atau cincang halus
2. Sagat lobak merah
3. Daun sup dan bawang dimayang
4. Kentang dipotong dadu, digoreng dan dilecek halus
5. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, halia, bawang putih hingga wangi
6. Masukkan sedikit garam, masuk isi ayam, kacau hingga masak dan masukkan lobak merah
7. Turunkan dari api dan masukkan kentang, gaul hingga sebati, bentukkan ikut kreativiti
8. Celupkan nugget yang dibentuk tadi ke dalam telur kemudian salutkan dengan serbuk roti atau biskut cracker
9. Goreng sehingga masak
10. Hidang ikut kreativiti ibubapa :)