Jadi jika anak kurang berat berat maka kenalah tambah kalori dalam makanan mereka. Macam mana nak tambah kalori dalam makanan anak-anak?
Anak-anak yang berumur 1 - 6 tahun yang jenis kurang selera makan dan terlalu aktif mungkin berat badannya tidak mahu naik. Dan lebih teruk lagi jatuh pada zon merah iaitu kekurangan berat badan yang teruk. Ini boleh menjadi petunjuk yang anak kita mungkin kekurangan zat makanan.
Masalahnya kanak-kanak kecik sukar untuk makan kuantiti yang banyak. Kalau dipaksa boleh muntah pula anak kita. Jadi cuba menu yang tinggi kalori dengan menambahkan makanan tertentu bersama minyak, mentega, marjerin atau menggunakan teknik gorengan atau bakar.
Tapi walaupun kita nak lebihkan kalori, pastikan juga anak kita menerima makanan dari kategori berkhasiat. Saya nak berkongsi resepi nugget riangria yang saya dapatkan dari Kemas ketika program demo masakan kepada ibubapa kanak-kanak tabika bulan lepas.
Resepi nugget ini boleh dihasilkan sendiri di rumah dan berkhasiat disamping dapat membekalkan kalori kepada anak yang makan.
Resepi Nugget Riangria
Anggaran perbelanjaan hanya RM16 sahaja dan sesuai untuk hidangan 10 orang kanak-kanak.
300 g isi ayam (1 cawan)
100 g kentanh (2 biji)
1 batang lobak merah - saiz kecil
1 biji bawang besar
1/4 cawan lada sulah
1 camca daun bawang
1 camca daun sup
1 biji telur
1 cawan serbuk roti / biskut cracker ( untuk salut nugget)
Sedikit minyak masak
Sedikit bawang putih
Sedikit halia
Tepung gandum secukupnya
Cara-cara:
1. bersihkan ayam dan kisar halus atau cincang halus
2. Sagat lobak merah
3. Daun sup dan bawang dimayang
4. Kentang dipotong dadu, digoreng dan dilecek halus
5. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, halia, bawang putih hingga wangi
6. Masukkan sedikit garam, masuk isi ayam, kacau hingga masak dan masukkan lobak merah
7. Turunkan dari api dan masukkan kentang, gaul hingga sebati, bentukkan ikut kreativiti
8. Celupkan nugget yang dibentuk tadi ke dalam telur kemudian salutkan dengan serbuk roti atau biskut cracker
9. Goreng sehingga masak
10. Hidang ikut kreativiti ibubapa :)
No comments:
Post a Comment