December 30, 2012

Dividen Dan Bonus ASB 2012

Mak me call tanya berapa dividen ASB tahun ini? Me pulak tak sempat nak tengok berita waktu ianya diumumkan. Sebab me rasa kadar dividen dan bonus ASB tidaklah banyak berbeza dari tahun sebelumnya.

Tak mungkin pula ada loncatan luar biasa pula pada kadar dividen dan bonus ASB tahun 2012 ini. Yang penting tiap-tiap tahun kalau boleh ASB mesti bagi me dividen dan bonus sekurang-kurangnya 8%. Itu jangan lupa!

Jadi bagi memuaskan hati dan dapat bagi jawapan tepat pada mak, me pon buka website Permodalan Nasional Berhad. Me mengodek-godek maklumat yang ingin diketahui dan akhinya berjumpa.

Bagi sesiapa yang masih tertanya dan belum tahu, maka me nak announce lah kuat-kuat. ASB declare dividen sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus sebanyak 1.15 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. Perbezaan 0.10 sen seunit dari dividen dan bonus ASB tahun 2011. 

Alhamdulillah. Me memang kebetulan amat memerlukan sedikit tampungan bajet bulan depan. Dengan adanya dividen dan bonus ni sedikit sebanyak dapatlah membantu meringankan beban me.

Maklumat lanjut dari website PNB, sila klik SINI.


Rebate RM200 Untuk Smartphone Bermula 1 January 2013

Berita baik untuk adik-adikku dan rakan-rakan yang masih muda belia (berumur 21 - 30 tahun)! Bermula 1 Januari 2013 sudah boleh memohon rebet RM200 untuk smartphone 3G.

Tapi, lupakanlah pada sesiapa yang berhasrat guna rebet RM200 tu untuk beli iphone 5, samsung s3, samsung note 2 dan sebagainya yang lebih RM500.

Kenapa? Sebab rebet ini hanya sah untuk smartphone yang berhaga RM500 ke bawah. Ini supaya pembelinya boleh dapat merasai menngunakan smartphone hanya dengan harga lebih kurang RM300 sahaja.

Me rasa me setuju juga kalau ini syaratnya. Yalah, kalau dah boleh telefon ribu riban bukanlah dikira golongan kurang mampu kan hehehe. Golongan yang beli ribu riban ni biasanya bertukar telefon setiap kali ada launching model telefon tekini.

Target market skim ini adalah untuk golongan yang kurang berkemampuan dan tidak pernah merasai menggunakan smartphone. Kebanyakan adalah pengguna prepaid kerana syarikat telco jarang memberikan insentif pembelian smartphone kepada pengguna prepaid. Jadi dengan adanya skim ini dapatlah membantu golongan yang kurang berkemampuan ini membeli smartphone.

Permohonan boleh dibuat dengan mendaftar secara online di website http://nbi.skmm.gov.my/ bermula 1 Januari 2013.Skim ini berdasarkan siapa cepat dia yang dapat terhad kepada 1.5 juta pemohon dan hanya sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut dan syarat kelayakan boleh melawat website http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Press-Release-PKB-GMBO.pdf . Di situ juga ada disenaraikan list telefon yang layak untuk dibeli menggunakan rebet RM200 tersebut.


Tahniah Di Atas Pernikahan Khairul Fahmi & Leuniey Natasha

Tahniah. Akhirnya Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha selamat diijab kabul yea. Meman comel dan cantiklah pasangan ini. Suka me tengok gambar pernikahan mereka.

Me share sikit gambar pernikahan Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha. So sweet ^_^ Gambar ni me ambil di www.rotikaya.com dan banyak lagi gambar pernikahan perkahwinan Khairul Fahmi dengan Leuniey Natasha yang boleh dilihat.








December 29, 2012

Dilema

Masa berlalu tanpa ku menyadari
percintaan yang kita bina hampir terlerai

Apa salahku kau buat ku begini
dalam dilema di antara jalan derita

Tidak pernah kuduga ini semua terjadi oh...

Janganlah engkau menghancurkan segala
setelah lama kita mengarungi bersama

Usah biarkan cinta kita yang suci
dilambung ombak karang di lautan berduri

Hanya satu pintaku moga kau menginsafi
oh...semua ini

Telah banyak yang kuberi sejak dulu lagi
pengorbanan tiada pernah jemu

Hanyalah Tuhan saja bisa menentukan semua
kesabaran daku menantimu oh...

Kutetap memaafkan dan berdoa kau kembali
sebelum diri melangkah pergi



December 26, 2012

Aku Suka Durian Crepe Tapi.....

Durian Crepe adalah salah satu dari makanan kegemaran me. Me mula makan durian crepe sejak 3-4 tahun lepas. Waktu tu me rasa durian crepe macam tak famous sangat. Bila me rekomen orang makan, ramai yang tak kenal sebab tak banyak tempat jual.

Few yeas back, me hanya boleh beli di Ikano sebab takde orang jual sana-sini macam sekarang. Di kedai jual durian crepe Ikano tu dulu, ada juga menjual cempedak crepe and mango crepe. Selain durian crepe, cempedak crepe pon me hantu sangat. Bagi me, sedap giler kedai tu buat crepe durian dan cempedak.

Ok, go back to main title. Me memang suka durian crepe. Suka giler! Boleh kira hantu durian crepe. Sekali beli kat Ikano 6 biji boleh habis dalam 10 minit. Satu bekas 6 biji tak cukup. me akan beli at least 3 bekas. Tapi......secara tiba-tiba me rasa durian crepe yng me makan hari ini tak sedap. Memang fail rasa durian crepe tu. Tak macam durian crepe yang me selalu makan dekat ikano.

And for info, durian crepe yang tak menepati standard rasa durian crepe yang me tetapkan ini adalah buatan ME sendiri! So sad! Nangis satu baldi. Itulah orang buat durian crepe sendiri, me pun nak cuba. Orang buat jadi me buat tak jadi +_+. Tapi me tak pernah makan orang punya, so tak tahu laa rasanya ikt standard me suka ke tidak kan hehehe.

Empat sebab kenapa me kata durian crepe tersebut tak jadi?

Pertama, crepe me tak senipis crepe kat ikano yang nipis giler, babe!! me pon hairan lah cemana depa leh buat senipis itu tanpa koyak.

Kedua, whip cream me tak berapa menjadi. Kental sikit jer and bila me teruskan putar krim jadi bersepah-sepah keluar mangkuk.Sso, me stop and guna krim mana yang kental aje and smpan dalam fridg bagi dia keras sikit.

Ketiga, rasa krim me tak macam krim ikano yang sedap lemak manis berkrim. Me punya rasa cam ntah ler, tapi me ada campur gula sikit. but still rasa cam tak kena dan muak.

Keempat, balutan crepe durian me tak secantik yang me beli kat ikano. huh, nampak sangat laa me tak pernah balut inti kan, hehehe...

Tapi, me tetap la buat juga. Husband me kata ok laaa. Ok laaa tu macam tak ok jer. Hissh.. Tapi me akan cuba lagi sampai berjaya. Insyallah.... pasti me akan berjaya juga. Me memang tak pandai masak ke buat kek ke. Tapi nak buktikan me pandai buat makanan kegemaran me, si durian crepe!

Anyway, resepi dan tutorial cara buat durian crepe ni, me tengok kat blog dan youtube brother khairulabdullah.com


Pergi jenguk youtube khairulabdullah cara membuat durian crepe langkah demi langkah.

Ok, nak sleep sebab esok nak kerja. Penat dah buat crepe arini, sambung trial esok pulak. Oh before that cuci mata sat dengan durian crepe so that i will mimpi makan duriap crepe sedap.






taken from keklapis.com


December 24, 2012

Apa Ada Dengan Telur Goreng

Apalah yang ada dengan telur goreng? Harga pon lebih kurang 30 sen sahaja sebiji kan? Hehehe.... Apa adanya pada telur goreng tak kisah ler. Itu aje lah yang me makan untuk dinner sebentar tadi.

Tapi walaupun hanya sekadar telur goreng, me sebenarnya telah terlewat ambil dinner. Lepas jam 8.30 malam baru nak dinner. Eh, bila sebut hanya makan telur goreng tu macam sesuai untuk supper, kan? Huhu, tak kisahlah. Me memang takde kategori supper bab makan ni. Cuma breakfast, lunch and dinner aje.

Anyway, sambil duduk tengok tv ni, me terkenangkan waktu me belajar Pemakanan dan Kesihatan Komuniti di UPM dulu. Me suka makan telur goreng tengah hari dan benjo di waktu malam. Lunch and dinner yang paling jimatkan? Hihihi...

Tapi...tapi...tapi.... selepas lecturer me masuk bab protein dan sumber-sumbernya tersentuh laa bab nutrisi dalam telur goreng. Lecturer kata walaupun telur adalah sumber protein, namun untuk telur goreng sumber kalorinya adalah disumbang lebih banyak oleh lemak berbanding oleh protein. Kandungan lemak tepu dan kolesterol juga tinggi dalam telur goreng. Lemak tepu ni kiranya salah satu dari pelbagai jenis lemak yang ada. Ini adalah tidak bagus laa kan. So, sejak itu me jadi kurang makan telur goreng dan benjo waktu lunch dan dinner sebab tak bagus untuk kesihatan.

Me bukan tak boleh makan lansung, cuma tak boleh selalu untuk faktor kesihatan. Nanti me nak cuba cari buku teks lama me untuk rujuk kandungan kalori telur goreng secara spesifik. At least me boleh recall balik maklumat nutrisi telur goreng ni :) Ok, till then...xoxo

picture from plusonegallery.com


December 23, 2012

Persiapan Anak Masuk Sekolah Rendah

Hari ini sudah 23.12.2012. Lagi seminggu sesi persekolahan 2013 akan bermula.And... believe it or not? Me lansung tak buat preparation untuk membeli barangan persekolahan anak-anak!

Mengapa sampai macam ini, Me pun tak tahu. Banyak sangat masalah sampai Me terlupa. Kesian anak-anak Me; Amela dan Baby. Darling mama minta maaf ya =(



Anyway, Amela akan masuk darjah tiga, manakala Baby pula akan masuk darjah satu. Namun, dua adik beradik ni tak dapat bersekolah bersama disebabkan kelewatan Me mendaftarkan Baby awal di SK Seksyen 19, Shah Alam. Seem like a loser mummy laa Me ni.

Jadinya Baby terpaksa bersekolah di SK Seksyen 18, Shah Alam. Itupun setelah Me membuat rayuan pertukaran sekolah. Pada mulanya Baby ditempatkan oleh PPD Petaling Perdana di SK Hicom, Shah Alam. Oh my, amat jauh dan traffic jam perjalanan ke situ. Lagi pun bertentangan dengan jalan ke rumah my mom and sekolah Amela.

Nampaknya, dalam masa seminggu ini Me kenalah bertungkus lumus menyiapkan barangan persekolah anak-anak. Nasib baik Amela masih ada baju tahun lepas yang masih muat dipakai. Boleh la Me save bajet yang memang tengah kritikal. (Sedih kompeni new management dah tak bagi duit saku untuk persiapan sekolah anak T_T)

Ok, masa untuk me listkan barang apa yang nak dibeli. Chow dulu yuk ^_^

December 19, 2012

Aku Rasa Boss Telah Buat Sexual Harrasment

Aku rasa Boss telah buat sexual harrasment dekat aku, babe! Hisshh, seram sejuk geli geleman aku dibuatnya.Tapi, takut aku jer yang tersangka dia sengajakan buat camtu kat aku. Masalahnya aku tak boleh terima bila dia kata dia tersentuh betis aku waktu dia driving. Macam tak logik aje. Pulak tu kekadang bila dia datang dekat meja aku, dia berdiri dekat gila kowt sampai aku rasa tak selesa! Kekadang suka sound staf-staf pompuan semua to  treat dia baik dan ikut aje apa yang disuruh untuk memudahkan kerja. Ajak makan sama laa, pergi meeting sekali laa. Jadinya kita semua ni status Mak Dara dah babe, rasa takut gak. Ko rasa macam mana, babe?


picture tkaen from hercampus.com

Itulah rintihan teman Me kepada Me bersama kengkawan lama tadi. Kebetulan ada meeting so dapatlah kitorang gathering sama-sama.Bila dengar luahan rasa teman tu terhadap boss dia, Me memang rasa terkejut sangat. Sebab boss tu nampak baik dan berhemah orangnya. Malah dah naik haji pulak tu. Bila cakap bab solat dan agama dia nombor satu. Hmmm, macam-macam ragam.

Rupa2nya bukan teman yang seorang tu aje pernah rasa terganggu. Ada juga teman2 yang lain turut menerima gangguan tersebut. Kes berat ni sebab semua orang tak sampai hati lagi nak bagi klasifikasi perbuatan beliau sebagai sexual harassment At the momment apa yang Me dan teman2 boleh jadikan panduan untuk diri kami semua: kami cuba untuk berhati-hati jika naik kereta ke sesuatulokasi bersama beliau, jangan join any social aktiviti dengan beliau (contoh dinner after owkr or karaoke) and jangan bersendirian di opis. Huuu gerunnnya, harap2 jangan jadi bos Me sudah! Tak rela Me, taw!

picture taken from cartoonstock.com


December 17, 2012

Bloglist Setahun Dari ciklaili.com

Bloglist setahun dengan ciklaili.com? Mesti join ni! Actually, Me terjumpa dengan blog ciklaili ketika meng"google" ayat-ayat yang dapat membantu menhalau atau mencegah perkara-perkara macam sihir atau pun gangguan jin.


Eh, bukan Me yang terkena...tapi rakan di opis tempat Me kerja asyik diduga dengan gangguan jin dan sihir oleh seseorang. Jadi Me tolong2 carikan ayat yang beliau boleh amalkan. Sambil tu Me pun dapat tambah ilmu untuk diri sendiri juga.

Maka ter terteralah entri pertama yang menarik minat Me iaitu Ayat-Ayat Ruqyah. Bermula dari situ, satu-persatu post ciklaili Me korek dan baca. Banyak perkongsian yang menarik dan bermanfaat yang Me dapati.

Sambil membelek2 post Me terperasan di tab bawah header ciklaili ada tab Sertai Bloglist Setahun ciklaili.com. Lalu Me klik dan ternyata segmen ini menarik minat Me untuk join. Me harap ciklaili sudi terima penyertaan blog Me yang serba kekurangan ni. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang segmen ini klik lah link ini ---> Bloglist Setahun ciklaili.com    
  Salah satu entri ciklaili yang paling Me suka adalah Aktiviti Ayah Dan Anak, ringkas namun mampu membuatkan Me terfikir yang anak Me jarang ada aktiviti dengan bapa dia. Dengan Me pon jarang sebab anak2 lebih suka bersama Mak dan Ayah Me. Nampak macam anak-anak terutama Amela tak happy je dengan parents dia ni. Sob...sob.....T_T

Anyway ciklaili punya blog memang best bagi Me. And Me pon memang leka membelek-belek infomasi yang dikongsi oleh ciklaili. Keep it up, sis!

December 16, 2012

Baking and Deco Class Untuk Amela

amela and baby betul2 in the middle depan Lynn Hassan

Me telah hantar Amela and Baby ke kelas memasak untuk kanak-kanak pada Selasa lepas. Tak pernah terfikir pon nak hantar sebelum ni. Cuma bila mak suggest masukkan Amela kelas belaja buat cupcake and biscuit kerana asyik mengacau mak kat dapur, Me terus tanya mak kelas memasak yang ada untuk kanak-kanak.

Mak pon suggest Young Chefs Academy Malaysia sebab terlihat dekat TV. Tapi bila Me survey and jumpa fanpage mereka, rasanya bajet Me agak kurang mampu nak enroll anak-anak di sana.

Me teruskan juga cari kelas memasak untuk kanak-kanak yang available pada musim cuti sekolah ini. Alhamdullah, akhirnya terjumpa Fun Baking and Deco Class For Kids oleh Lynn Hassan di http://mysugarclass.com.

Kelasnya murah hanya RM60 dari jam 10.00 pagi to 4.00 pm dan berbaloi sangat! Sebab banyak resepi yang diajakan dan selepas habis kelas... berkotak2 kek dan biskut anak-anak bawa balik untuk Me ^_^. Hehehehe... sedap pula tu especially cheese tart and choc chip cookies.

So kepada mummies di luar sana yang tercari-cari kelas utuk anak-anak mahupun diri sendiri, boleh lawat website Lynn Hassan di  http://mysugarclass.com atau like facebook page beliau di Kek Cawan Lynnhassan.

December 15, 2012

Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza

Secara tak sengaja tersinggah ke sebuah blog santai seperti mana santai kelihatan tuan punya blog di pic profile fb nya.Blog yang dimaksudkan adalah blog Santai Leeza oleh saudari Leeza Dayasari.

Tuan punya blog yang disebut ada buat satu contest mencari Blogger Paling Santai 2012. Ini membuatkan hati ini teringin nak cuba nasib untuk dapatkan cenderahati yang ditawarkan cik Leeza.

CENDERAHATI YANG DIBERI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Tempat pertama : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') berserta frame, keychain, fridge magnet dan blog review oleh santai leeza.

Tempat kedua : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') tanpa frame, keychain, fridge magnet dan blog review oleh santai leeza.

Tempat ketiga : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') tanpa frame, keychain dan blog review oleh santai leeza.

Saguhati : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') tanpa frame.

Jumlah penerima saguhati seramai 10 orang.

** Boarding Pass Santai Leeza dot com hanyalah rekaan semata dan sebagai tanda kenangan serta penghargaan terhadap bloggger.

Untuk join boleh terjah -------> Contest Blogger Paling Santai 2012

Berbaloikah Water World @ i-City?

i-city baru sahaja menambah satu daya tarikan baru buat pengunjungnya iaitu Water World @ i-city. Me dan family ambil kesempatan untuk mencuba Water World @ i-city pada Isnin lepas. Kebetulan ayah dapat dua tiket percuma untuk dewasa dan diberikan kepada Me. Jadi Me hanya perlu beli tiket kanak-kanak sahaja.

Me sempat snap harga tiket Water World @ i-city. Cuba lihat gambar di bawah untuk info harga tiket. Walaupun Me pergi hari Isnin, harga belian tiket tidak dicaj mengikut harga Weekday. Pengunjung dicaj harga tiket Weekend kerana masih musim cuti sekolah. Me terpaksa la bayar RM30 per child instead of RM20.

Tapi, total payment yg dibuat before Me masuk adalah RM130. Why sampai RM130?
- tiket kanak-kanak (akan di beri wristband berbentuk jam): 2 anak x RM30 = RM60
- sekuriti deposit untuk wristband: 2 x RM10 = RM20
- meal kredit (minimum RM50 and balance is returnable): RM50
GRAND TOTAL = RM 130

Selepas buat payment, ME sekeluarga dengan happynya enter Water World @i-city. Tak perlu beratur panjang sebab orang tak ramai pon hari itu. Sebelum masuk pekerja di situ akan check dulu beg. Siapa yang tak pandai sorok makanan luar yang dibawa memang kene tinggalkan di kaunter masuk. Hehehe tapi Me just bawa roti so pekerja tu pon tak perasan Me ada bawa outside food. For info, makanan yang dijual di waterworld i-city agak mahal. Set Nasi lemak and air RM10! Me memang dah standby roti so tak plan lah beli makanan dalam tu. Kalau 4 orang makan nasi lemak dah RM40!
Water World i-city ni tak lah besar sangat. Me rasa macam besar sikit dari Wet World Shah Alam. Tapi dia ada banyak sikit mainan air yang menarik dari Wet World Shah alam. CUMA, CUMA, CUMA...... Me rasa terkilan hampir sebahagian maianan air di Water World i-city Me tak boleh main satu family. Mestilah anak-anak Me (umur 7 dan 9 tahun) mengamuk-ngamuk sebab semua tak cukup ketinggian. Paling rendah untuk mainan seperti picture di bawah adalah 140 cm.





Jadinya, yang dok main Me and hubby aje yang boleh. Anak-anak main pool kanak-kanak aje ke? Memang Me rasa tak puas hati and tak berbaloi! And bukan itu sahaja, ada mainan yang pakai tube 4 orang tapi Me and hubby berdua aje. So sad! Oleh kerana anak-anak pon dah bosan and Me pon sama, ME hanya spend about 1 1/2 jam sahaja di sini.

Bagi Me, ini mungkin kali pertama dan terakhir Me ke i-city. Samalah macam pengalaman Me ke Snowalk i-city sebelum ni. Me rasa bayaran tiket di i-city ni agak mahal untuk pocket Me. Me and anak-anak lebih mesra dan selesa berada di Wet world Shah Alam walaupun tak sebesar mana. Just my2cents.

December 10, 2012

Cara Menurunkan Berat Badan Secara Semulajadi

Ok, kita amat tidak berpuas hati dengan berat badan sekarang. Rasa sakit hati, sedih dan lemah bila ada masalah berat badan! Tapi kita malas nak mengadu pada mak, adik mahupun teman rapat.

Mengapa? Well, kita kan ambil bidang pemakanan dan kesihatan komuniti. sepatutnya kita yang menasihati orang. Sekarang kita pula nak mengadu masalah pada orang lain, hahahaha. Tapi... tak salahkan? Sebab mungkin orang lain ada tips yang bagus untuk kita manfaatkan.

Jadi di saat kita sedang alami masalah berat badan ni (58 kg taw!!!), eloklah rasanya kita buka kitab lama zaman belajar dulu hehehe. Sambil kita imbas kembali ilmu pengurusan berat badan, kita rasa bagus juga kita kongsikan bersama a.k.a mengabadikan dalam blog kita ni serba sedikit informasi berkenaan pengurusan berat badan dan cara penurunan berat badan.


dulu 44 kg, sekarang sudah 58kg!! aaarggghh!!!
Walaubagaimanapun, hari ini ini kita tidak bayak nak taip. Cuma kita sebenarnya dah mulakan proses untuk dapatkan berat badan ideal semula. Sudah mula dalam seminggu (ek eleh kecoh betul la kita ni kan, hahaha). Dan, buat masa ini kita stick to cara menurunkan berat badan secara semulajadi tanpa pil kurus or minuman fiber. Sebab apa? Sebab kita nie amat lah pelupa nak makan pil atau bancuh minuman hahaha. Mungkin prosesnya akan ambil masa, tapi kita percaya statement "slowly but surely". Ahakss...

Mari kita share sedikit apa yang kita dah mulakan dalam proses kita nak mencapai berat badan ideal semula. Pertama sekali kita KUATKAN MINDSET. Kita betul-betul gagahkan hati nak kuruskan badan. Kalau kita tak set halatuju minda kita untuk kuruskan badan, memang susah nak kurus secara semulajadi.

Untuk kuatkan mindset nie, kita kena tahu kenapa kita nak kurus? Apa alasan dan semangat yang membuatkan kita nak kuruskan badan? Kita mestilah berkeyakinan dan berdisiplin sepanjang tempoh menguruskan berat badan. Untuk mengukuhkan keinginan kita untuk kurus, kita perlu ada satu sebab mengapa kita tidak boleh gagal mencapai matlamat menurunkan berat badan kita. Misi ini tidak boleh gagal. Tidak boleh GAGAL taw. Kalau gagal? Isssshhh jangan cakap kalau... kita memang tak boleh gagal.

Jika rasa kita nak nak jayakan misi ini memerlukan satu reward apabila berjaya, maka ciptalah reward yang menyebabkan kita mesti perlu berjaya dalam misi ini. Tapi katalah reward tu macam saya nak makan pavlova bila dah berjaya kuruskan badan sebab dah 6 bulan tak makan pavlova, please jangan ok. Pilih reward yg lebih strong. Hurmmm, may be reward macam nie lebih bagus: laki saya takkan kahwin lain jika saya dah kurus a.k.a kalau saya tak kurus juga saya akan sign surat kebenaran poligami (wei apa ko merepek ni cik huda oiiiii). Hehehe acah aje ^_^

Ok lah, kita kongsi satu tips ni dulu untuk tips cara menurunkan berat badan secara semulajadi. Insyallah ada masa, kita share tips yang lain pula yea ^_^

December 5, 2012

Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak

Owkeh, as I mentioned last month was a very busy day for me. Salah satu aktiviti yang dapat diselitkan dalam ke'busy'an tersebut adalah menghantar anak ke kelas renang.

Me malu nak cakap nie... Me lansung tak pandai nak berenang taw. Itu sebab Me jarang pergi pantai or swimming pool. Tapi Me tak nak laa anak2 follow Me and hubby (opss terpecah rahsia) nanti tak pandai beenang pula bila dewasa.

Sebenarnya, Me secara tak sengaja daftarkan anak Me ke kelas renang.Sedangkan sewaktu kawan Me si Shika dok promote suruh masukkan anak ke kelas renang tempat anak saudara dia join tu, Me lansung tak terdetik nak masuk.

Sehinggalah secara tiba-tiba bila my Sis Kyra nak beli swim suit. Me ajak laa dia jengah ke Pusat Akuatik Shah Alam sebab katanya si Shika... swim suit di sana jauh lebih murah berbanding di shoplex.


gambar di ambil dari SINI

gambar di ambil dari SINI


gambar di ambil dari SINI

Sampai di sana kami ke Inzurina (salah satu kedai yang menjual baju swimming) untuk cuci mata sat. Tapi, anak-anak (si amela, baby and qaseh) mula laa merengek2 nak baju swimming. So, kami pon belikan dan masa nak bayar cashier pon tanyalah kami samada ada join kelas renang sebab boleh dapat 10% discount. My sis Kyra pon macam berminat and kami hold dulu bayaan sebab nak dapatkan info tentang swimming class for kids nie.

Kami akhirnya mendaftar dengan MAISWIM untuk Kelas Renang Progam Cuti Sekolah. Harganya RM120 untuk 8 hari selama dua minggu. Me and sis Kyra pilih tarikh 13-16 Nov 2012 dan 20-23 November 2012. After dah buat payment dapat kad and kami pon tunjukkan pada cashier so that we can enjoy the 10% discount.


Pakej Kelas Renang Program Cuti Sekolah 2012

Alhamdulillah, Amela, Baby and Qaseh sudah ada sedikit asas swimming. Yang Me tahu diorang asyik cakap "bent-open-close" sepanjang diorang practise. My little handsome boy pon nampaknya amat bersungguh2 dan boleh swim sikit2. Goodboy Amela!

Nanti senang2 Me masukkan gambar diorang ambil sijil at the last of the program. Cikgunya pon baik-baik. Insyallah nak teruskan ambil kelas secara regular at least once a week ^_^

December 2, 2012

Hi, December! I Am Sorry =_=

November was a very busy day fo me. Banyak kerja dipejabat dan dirumah. Rasa penat sangat.

Tapi ME masih sempat buat beberapa perkara untuk diri sendiri dan juga juga anak2. Walaupun ME rasa bulan November banyak dugaan, tapi ME akan tetap menabahkan hati serta berfikiran positif, Chaiyok2 fo ME.

Well, during last November ME ada la jugak aktiviti which mean not only ME busy woking sahaja. Antaranya, ME bawa anak2 belajar swimming. ME tak pandai swimming so tak boleh nak ajar diorang. Memandangkan anak2 selalu main air kat pool bawah rumah, maka adalah baik jika diorang tahu berenang. Takde lah nanti ME  risau  sangat nak terjun selamatkan diorang, hehehe. Boleh ke macam tu? Hahaha...

Nanti mungkin ME bulah buat satu post pasal kelas swimming yang anak attend bersama MaiSwim di Shah Alam. Mereka ambil 2 weeks class straight and dah tamat pon. Dapat sijil lagi.

Selain itu, ME juga ada aktiviti paling aktif di opis yang mana bukannya buat kerja opis, hehehe. Sorry boss, jangan marah yea ^_*. Aktiviti apa? MENGROUPON. Menatang apa tu ek? Hihi takde laa... Actually saja jer reka perkataan tu yang mana ME nak maksudkan yang ME telah memperabiskan duit dekat Groupon website. Hehehe, so on November laa masa ME menunaikannya.

Apa yang ME telah tunaikan adalah Cash Voucer RM100 di Restaurant Bubba Gump dan Facial di Beyond Beauty Interntional. Well, ME terasa nak membuka satu entry juga berkaitan dua belian yang ME telah tunaikan ini, So boleh kita share samada berbaloi or tidak belian kita tu kan..kan..kan...




Well, akhir kata di entry pertama bula December nie ME feel sorry to my blog nie. Sebab tuan dia jarang2 singgah. Dan sorry juga pada teman2 yang mengunjungi ME tapi belum ME balas lagi. Nanti ME lawat lah teman sekalian yea... Adios and take care everybody!