Owkeh, as I mentioned last month was a very busy day for me. Salah satu aktiviti yang dapat diselitkan dalam ke'busy'an tersebut adalah menghantar anak ke kelas renang.
Me malu nak cakap nie... Me lansung tak pandai nak berenang taw. Itu sebab Me jarang pergi pantai or swimming pool. Tapi Me tak nak laa anak2 follow Me and hubby (opss terpecah rahsia) nanti tak pandai beenang pula bila dewasa.
Sebenarnya, Me secara tak sengaja daftarkan anak Me ke kelas renang.Sedangkan sewaktu kawan Me si Shika dok promote suruh masukkan anak ke kelas renang tempat anak saudara dia join tu, Me lansung tak terdetik nak masuk.
Sehinggalah secara tiba-tiba bila my Sis Kyra nak beli swim suit. Me ajak laa dia jengah ke Pusat Akuatik Shah Alam sebab katanya si Shika... swim suit di sana jauh lebih murah berbanding di shoplex.
gambar di ambil dari SINI
gambar di ambil dari SINI
gambar di ambil dari SINI
Sampai di sana kami ke Inzurina (salah satu kedai yang menjual baju swimming) untuk cuci mata sat. Tapi, anak-anak (si amela, baby and qaseh) mula laa merengek2 nak baju swimming. So, kami pon belikan dan masa nak bayar cashier pon tanyalah kami samada ada join kelas renang sebab boleh dapat 10% discount. My sis Kyra pon macam berminat and kami hold dulu bayaan sebab nak dapatkan info tentang swimming class for kids nie.
Kami akhirnya mendaftar dengan MAISWIM untuk Kelas Renang Progam Cuti Sekolah. Harganya RM120 untuk 8 hari selama dua minggu. Me and sis Kyra pilih tarikh 13-16 Nov 2012 dan 20-23 November 2012. After dah buat payment dapat kad and kami pon tunjukkan pada cashier so that we can enjoy the 10% discount.
Pakej Kelas Renang Program Cuti Sekolah 2012
Alhamdulillah, Amela, Baby and Qaseh sudah ada sedikit asas swimming. Yang Me tahu diorang asyik cakap "bent-open-close" sepanjang diorang practise. My little handsome boy pon nampaknya amat bersungguh2 dan boleh swim sikit2. Goodboy Amela!
Nanti senang2 Me masukkan gambar diorang ambil sijil at the last of the program. Cikgunya pon baik-baik. Insyallah nak teruskan ambil kelas secara regular at least once a week ^_^
No comments:
Post a Comment