December 24, 2012

Apa Ada Dengan Telur Goreng

Apalah yang ada dengan telur goreng? Harga pon lebih kurang 30 sen sahaja sebiji kan? Hehehe.... Apa adanya pada telur goreng tak kisah ler. Itu aje lah yang me makan untuk dinner sebentar tadi.

Tapi walaupun hanya sekadar telur goreng, me sebenarnya telah terlewat ambil dinner. Lepas jam 8.30 malam baru nak dinner. Eh, bila sebut hanya makan telur goreng tu macam sesuai untuk supper, kan? Huhu, tak kisahlah. Me memang takde kategori supper bab makan ni. Cuma breakfast, lunch and dinner aje.

Anyway, sambil duduk tengok tv ni, me terkenangkan waktu me belajar Pemakanan dan Kesihatan Komuniti di UPM dulu. Me suka makan telur goreng tengah hari dan benjo di waktu malam. Lunch and dinner yang paling jimatkan? Hihihi...

Tapi...tapi...tapi.... selepas lecturer me masuk bab protein dan sumber-sumbernya tersentuh laa bab nutrisi dalam telur goreng. Lecturer kata walaupun telur adalah sumber protein, namun untuk telur goreng sumber kalorinya adalah disumbang lebih banyak oleh lemak berbanding oleh protein. Kandungan lemak tepu dan kolesterol juga tinggi dalam telur goreng. Lemak tepu ni kiranya salah satu dari pelbagai jenis lemak yang ada. Ini adalah tidak bagus laa kan. So, sejak itu me jadi kurang makan telur goreng dan benjo waktu lunch dan dinner sebab tak bagus untuk kesihatan.

Me bukan tak boleh makan lansung, cuma tak boleh selalu untuk faktor kesihatan. Nanti me nak cuba cari buku teks lama me untuk rujuk kandungan kalori telur goreng secara spesifik. At least me boleh recall balik maklumat nutrisi telur goreng ni :) Ok, till then...xoxo

picture from plusonegallery.com


4 comments:

kamil salleh said...

Salam..sejahtera,

Yalah telur tu jadi banyak kolesterol sebab ia byk menyerap minya. kalau nak supaya protein tinggi, rebus saja telur tu. Lagi baik utk kesihatan.

sensasi2020 said...

Sala...sejahtera,

Terima kasih melawati blog saya sensasi2020, ini adalah balasan dari saudari tempoh hari. Pasal telur tu dah komen dgn nama kamil salleh, di atas tu.

sensasi2020 said...

Sala...sejahtera,

Terima kasih melawati blog saya sensasi2020, ini adalah balasan dari saudari tempoh hari. Pasal telur tu dah komen dgn nama kamil salleh, di atas tu.

titan said...

telur goreng dengan kicap lagi sedapp..