December 16, 2012

Baking and Deco Class Untuk Amela

amela and baby betul2 in the middle depan Lynn Hassan

Me telah hantar Amela and Baby ke kelas memasak untuk kanak-kanak pada Selasa lepas. Tak pernah terfikir pon nak hantar sebelum ni. Cuma bila mak suggest masukkan Amela kelas belaja buat cupcake and biscuit kerana asyik mengacau mak kat dapur, Me terus tanya mak kelas memasak yang ada untuk kanak-kanak.

Mak pon suggest Young Chefs Academy Malaysia sebab terlihat dekat TV. Tapi bila Me survey and jumpa fanpage mereka, rasanya bajet Me agak kurang mampu nak enroll anak-anak di sana.

Me teruskan juga cari kelas memasak untuk kanak-kanak yang available pada musim cuti sekolah ini. Alhamdullah, akhirnya terjumpa Fun Baking and Deco Class For Kids oleh Lynn Hassan di http://mysugarclass.com.

Kelasnya murah hanya RM60 dari jam 10.00 pagi to 4.00 pm dan berbaloi sangat! Sebab banyak resepi yang diajakan dan selepas habis kelas... berkotak2 kek dan biskut anak-anak bawa balik untuk Me ^_^. Hehehehe... sedap pula tu especially cheese tart and choc chip cookies.

So kepada mummies di luar sana yang tercari-cari kelas utuk anak-anak mahupun diri sendiri, boleh lawat website Lynn Hassan di  http://mysugarclass.com atau like facebook page beliau di Kek Cawan Lynnhassan.

1 comment:

Sharinginfoz said...

bagus juga diaorang belajar memasak