Mak me call tanya berapa dividen ASB tahun ini? Me pulak tak sempat nak tengok berita waktu ianya diumumkan. Sebab me rasa kadar dividen dan bonus ASB tidaklah banyak berbeza dari tahun sebelumnya.
Tak mungkin pula ada loncatan luar biasa pula pada kadar dividen dan bonus ASB tahun 2012 ini. Yang penting tiap-tiap tahun kalau boleh ASB mesti bagi me dividen dan bonus sekurang-kurangnya 8%. Itu jangan lupa!
Jadi bagi memuaskan hati dan dapat bagi jawapan tepat pada mak, me pon buka website Permodalan Nasional Berhad. Me mengodek-godek maklumat yang ingin diketahui dan akhinya berjumpa.
Bagi sesiapa yang masih tertanya dan belum tahu, maka me nak announce lah kuat-kuat. ASB declare dividen sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus sebanyak 1.15 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. Perbezaan 0.10 sen seunit dari dividen dan bonus ASB tahun 2011.
Alhamdulillah. Me memang kebetulan amat memerlukan sedikit tampungan bajet bulan depan. Dengan adanya dividen dan bonus ni sedikit sebanyak dapatlah membantu meringankan beban me.
Maklumat lanjut dari website PNB, sila klik SINI.