October 27, 2012

Kita Raya Sakan, Mereka Di Sana Pelarian

Gambar di ambil dari SINI

Maksudnya:
Bapaku belum (sempat) pergi (menunaikan) haji. Akan tetapi dia telah pergi (masuk) ke syurga

5 Zulhijjah 1433
21/10/2012




Alhamdullilah, semalam Hari Raya Aidil Adha disambut dengan cukup sempurna. Rumah my family memang tak de meriah2 sangat. Cuma tak meriah dengan hiruk pikuk dan keramaian ahli dalam rumah sahaja. Tapi, meriah dengan hidangan yang pelbagai jenis sampai tak habis-habis sehingga petang. Syukur.... murah rezeki kami sekeluarga.

Namun, hati amat tersentuh bila melihat insan-insan lain yang menjadi pelarian walau di dalam negeri sendiri ketika hari raya. Sedih, sungguh! Bayangkan ada antara anak-anak kecil yang terpaksa menerima kenyataan ibubapa meninggal dunia di hari raya. Apa lagi yang tinggal untuk mereka?

Tak kurang juga anak-anak kecil yang terkorban. Oh sungguh menyayat hati melihat gambar-gambar tersebut. Mereka semua hidup serba kekurangan di tanah air sendiri. Nak masak makan untuk mengisi perut di hari biasa pon tak mampu, inikan pula di raya. Kita di sini siap ada berlebih, dibuang begitu sahaja.
Jadinya, hati ini berasa bersyukur sangat dengan apa yang diri ini dan keluarga ada pada hari ini. Walaupun kita tak kaya tapi kita masih boleh melalui hari-hari dengan cukup segala2nya.
Duduk pon di negara yang aman dan tiada pertelingkahan. Sungguh damai dan menyelesakan. Tak perlu takut diburu dan tak perlu takut peluru. Dapat bergelak tawa, berhibur dan memandang insan yang tersayang dengan hati yang bahagia,

Syukur padaMu, Ya Allah! Harap tidak terlewat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua......





No comments: