October 13, 2012

Bila Kelantan Vs Selangor, Antara Suami dan Isteri

Semalam 12 Oktober 2012 perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Selangor. Ok la, fine. Diorang yang lawan bola bukan i yg berlawan pon. Ai takde ler kisah sape pon menang, sebab i tak minat.
Yg si cik abang nie balik lewat plak semalam. i tak kisah sebab dia cari rezeki kan. Tapi bila jam dah pukul sebelas malam, i nie mula laa nak gelisah semacam sebab cik abang i ni tak balik lagi. I call tak ankat. I sms tak berbalas. Kepanasan pon dah membuak-buak2. Takpe i sabarkan aje diri lagi. Sabar, sabar, sabar.......huaaaaarggghhhhhhhh!!!!!!

Akhirnya kesabaran i ni jadi semakin nipis. Dudok depan TV pon tak mampu mengalihkan perhatian terhadap rasa yang bercampur aduk. Isssh, memang arr wei bengang. Ye kot keje lebey masa pon, tak boley ke angkat tepon kan. So, i pon tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu (berapa banyak tunggu daaaa.....).

Sekali, pintu pun berkeruk (eh, betol ke ejaan ni?). i pon ape lagi, keluarkan meriam batu laaa kan. habis laa cik abang i kene hujan batu malam tadi. Apa taknya pukul dua pagi cik abang baru sampai umah. Bikin hati i anas jer kan...

Yang cik abang pon defend diri. Rupanya dia pie tengok bola dengan ipar i. Diorang 2 orang nie anak kelate. I ape lagi bertambah panas laaa. Pasal tengok bola sepak Kelantan lawan Selangor aje samapai tak boleh angkat call balas sms. And bukan itu aje, dia siap gelak2 pulak kata Selangor kalah lawan Kelanta. Panassss, panassss.....

So, i kata kat cik abang bahawasanya, perlawanan bolas sepak 2012 yang menyaksikan pasukan Kelantan berlawan dengan Selangor tu juga boleh mencetuskan perlawanan tikam lidah antara i dengan dia. So, sebabkan dia dah lalai dia kene ready laa dengar i smash dia sepanjang malam. sebab i dah panas....

Banyak gak meriam i tembak semalam. Boleh bernanah telinga hahaha..... Well, mungkin kat stadium semalam Selangor tanah kelahiran dan tempat i membesar kalah. Tapi, dekat rumah semalam meriam bedil anak Selangor ni menang, ok.

Aa motif i merepek nie sebenarnya? I cuma nak ingatkan cik abang i tu jer. Kalau yer pon excited tengok bola sepak Kelantan vs Selangor malam tadi, jangan laa sampai call and mesej tak berbalas. Sakit hati isteri ni taw. Yelah, kita risau apa2 terjadi. Ini balik2 cakap tengok bola. Menci laa buat blood prssure naik jer.

Suami ni kena laa ingat2 isteri kat rumah walaupun tengah berkobar tengok bola tu. Keisan isteri nie ternanti2 T_T Boleh plak dia bagi alasan tak ingat nak inform. Phone plak dalam kereta. Eeeee nyampah! Inilah dia... Oh! Suamiku....

5 comments:

cik wawa said...

HAHAHA :D moral of the story :P suami jgn lupa isteri kt rumah ^^

HudaMJ said...

btol tu @cik wawa

cik azLyzah⊙.☉ said...

wahahahaaa...tergelak jugak saye bace entry sis..btw salam kenal.done follow sini ;)

liza said...

Nasib la dapat laki diam je. Kalau laki ku? Ada yang kena smash balik. Hehe

Yana Aina said...

kelantan ... yeahhhh