October 24, 2012

Resepi Sup Ayam Sempoi Tapi Enak

Tadi baru lepas masak sup ayam. Tema home dinner minggu ne semua berasaskan ayam, hihi. Sebab? Dah beli stok untuk Isnin sampai Jumaat semuanya AYAM, hahahaha.... (Well, my doctor pon sarankan i makan white meat. So I consider ayam nie goglongan white meat, kowt. Huhuhuhu :P)

Ok. Let's get straight. Inilah resepi sup ayam buatan i arini (diulang.. buatan harini ini menggunakan aa yang ada jer ^_^) i malas nak turun mencari barang kat kedai (i dok umah bertingkat-tingkat..) so amatlah tak rajin nak turun..)

SUP AYAM SEMPOI

Bahan-bahan:
1) 3 ketul ayam (bahagian rib potong kecil)
2) 2 biji kentang (potong laa kecik jugak)
3) 4 biji bawang putih (ketuk je)
4) 1/2 biji bawang holland (hiris tak payah halus takpe)
5) 6 biji cili api (ketok aje)
6) 1 paket sup tulang bonjot
7) kicap manis sesendok
8) ajinomoto secukup rasa
9) garam secukup rasa
10) 1 jug kecil air
11) daun sup seadanya

Cara:
- panaskan 3 sudu minyak dalam periuk.
- campak bahan no. 2 hingga 6 dan tumis sampai bau wangi.
- dah naik bau tu masukkan kicap, garam dan ajinomoto. digaulkan 2-3 gaul.
- masukkan ayam dan gaul jugak.
- last sekali masukkan air dan hirisan daun sup.
- tunggu hingga gelegak dan hidang

Alright, itu aje. Dalam 20 minit dah siap semua. ^_^

1 comment:

Yana Aina said...

sup ayam sempoi .. wahh... mmg sempoi ^^